Tarikh Pilihan Raya Umum 2013

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Tarikh Penting PRU

 

Tarikh Bubar Parlimen ( PRU 13 ): 3 April 2013 (Rabu)

Tarikh Mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) : 10 April 2013 (Rabu)

Tarikh Keluar Writ : 11 April 2013 (Khamis)

Tarikh Notis Pilihanraya : 12 April 2013 (Jumaat)

Tarikh Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ( PRU 13 )  : 20 April 2013 (Sabtu)

Tempoh Kempen Pilihanraya ( PRU 13 ) : 14 hari

Tarikh Undi Pos (PRU 13) : 30 April 2013 (Selasa)

Tarikh Hari Mengundi Pilihanraya Umum ke 13 ( PRU 13 ) : 5 Mei 2013 (Ahad)

 

pru 13

**Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

**Sebelum Parlimen dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), PAS (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi. Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.

pru 12

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

** Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak telah dibubarkan setakat 5 April dan menurut Fasal 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran.
Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011.

**Pengundi awal terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan; 111,136 anggota polis dan pasangan; serta 2,954 pengundi tidak hadir (pengundi di luar negara).

spr

**Tan Sri Abdul Aziz Yusof(Pengerusi SPR 2013) berkata :
Sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pengendalian PRU13 melibatkan 379 pegawai SPR akan memantau pilihan raya ini dengan 243,000 petugas akan mengendalikan pilihan raya ini.

**Untuk tujuan pengundian keseluruhan, SPR menyediakan 8,789 pusat mengundi dengan 26,219 tempat/saluran mengundi.

**Bagi pengundian biasa, 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi akan disediakan, manakala pengundian awal membabitkan 544 pusat mengundi dengan 882 tempat/saluran mengundi.

** 13,268,002 orang pengundi berdaftar layak mengundi pada pilihanraya kali ini.

Dakwat Kekal

** Buat pertama kali, pilihan raya umum ini bakal menyaksikan dua jenis dakwat berbeza warna diguna untuk pengundian awal pada 30 April (Selasa) dan pengundi biasa pada 5 Mei (Ahad), kecuali pengundi pos.

** Sejumlah 230,000 botol dakwat kekal akan digunakan, iaitu 10,000 botol untuk pengundi awal dan selebihnya pada hari pengundian biasa, setiap botol dakwat boleh digunakan untuk kira-kira 100 pengundi.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *