Mubarak Bebas Hari Ini

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Mahkamah Kaherah hari ini Isnin (15 April 2013 bersamaan 4 JamadilAkhir 1435)  Mubarak dibebaskan dalam kes pembunuhan penunjuk perasaan tetapi diarahkan terus ditahan bagi pendakwaan kes-kes lain. Menurut peguam FJP, sayap politik Ikhwan Muslimin, keputusan hakim itu dibuat berlandaskan undang-undang untuk Mubarak dibebaskan

Ini kerana hakim tidak mempunyai pilihan kecuali Mubarak dibebaskan dari kes ini kerana tahanan reman yang dikenakan telah tamat. Tetapi ini tidak bermakna Mubarak dibebaskan keseluruhannya, kerana masih terdapat banyak kes yang sedang disiasat dan bakal didakwa yang akan dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara.

Dua hari lepas iaitu pada 13 April sebelum Mubarak dibebaskan , Mubarak kembali ke kandang tertuduh bersama-sama bekas Menteri Dalam negeri, Habib ‘Adli, dua anaknya Jamal dan ‘Ala’ serta 6 pembantu Adli. Ini kerana Peguam Negara yang dilantik oleh Presiden Mursi, Tala’at Abdullah membantah keputusan mahkamah tahun lepas yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Mubarak dan Adli serta membebaskan semua baki tertuduh. Hukuman yang dianggap tidak setimpal atas tuduhan membunuh penunjuk perasaan menjelang Revolusi 25 Januari yang melibatkan lebih 2,000 nyawa warga Mesir terkorban.

Tidak boleh disalahkan kepada hakim kerana pendakwaan yang dikemukakan oleh Peguam Negara ketika itu terlalu lemah yang gagal mensabitkan Mubarak bersalah yang boleh dijatuhkan hukuman mati. Ketika itu, Peguam Negaranya Abdul Majid Mahmoud, sekutu rapat Mubarak.

Keputusan Mursi memecat Mahmoud dan melantik Tala’at Abdullah telah mengejutkan orang Mubarak yang cuba menghuru-harakan negara dengan menggunakan nama “rakyat menolak pelantikan Tala’at” sedangkan mereka bimbang dengan pemecatan Mahmoud maka fail-fail dosa Mubarak akan diselongkar. Sebaik sahaja hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan, Tala’at dan kakitangannya telah membentuk Jawatankuasa Teknikal bagi mengumpul maklumat dan bukti tambahan bagi menguatkan pendakwaan ke atas Mubarak.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Antara bukti baru yang akan dipersembahkan mahkamah ialah bukti Mubarak memantau sendiri keganasan polis membelasah rakyat di Tahrir melalui televisyen di sebuah hotel mewah di Tahrir. Dilaporkan, sebuah laporan lengkap bukti setebal 10,700 muka surat telah diserahkan oleh Pejabat Peguam Negara kepada mahkamah.

Maka satu perbicaraan semula perlu dibuat maka 13 April lalu sebagai permulaan. Namun kali ini penampilan Mubarak berbeza. Selain diterbangkan dengan helikopter khas dari Hospital Tentera (bukan Penjara Turrah yang sepatutnya Mubarak ditempatkan), Mubarak juga berkaca mata hitam, memakai jam tangan berjenama dan rambutnya dipotong dan disikat kemas. Lebih menghairankan, sebelum perbicaraan bermula Mubarak sempat melambaikan tangan kepada penyokongnya yang berada di galeri awam seperti seorang calon Presiden yang sedang berkempen.

Situasi yang mengejutkan ini telah menggamatkan persidangan Dewan Senat pada keesokan harinya. Anggota-anggota dewan yang berbahas dengan berang meminta kerajaan memberikan penjelasan kenapa Mubarak perlu dilayan dengan begitu istimewa. Bahkan wad yang ditempatkannya di Hospital Tentera bertaraf hotel lima bintang.

Speaker dewan, Dr. Ahmed Fahmi sewaktu mempengerusikan sidang mendakwa, jam tangan yang dipakai oleh Mubarak bernilai LE 2 juta dihadiahkan oleh sebuah syarikat kerajaan “Al-Ahram” yang sedang disiasat.

Mubarak dibebaskan

Seorang anggota dari Parti Bina’ wa Tanmiyah, Dr.Mohammad Soghir ketika berbahas mempertikaikan keputusan menempatkan Mubarak di hospital tentera atas faktor kesihatan sedangkan Dewan Rakyat sebelum ini telah melihat sendiri lokap Mubarak di Penjara Turrah selamat dan sesuai untuk ditempatkannya.

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

5 thoughts on “Mubarak Bebas Hari Ini”

  1. salam..
    sy kurg ambil tahu sgt hal2 ini namun sy berharap yg bt salah harus diberikan hukuman setimpal. yg tertidnas akn dpt2kan hak2 mereka semula

    1. kat malaysia pilihanraya dah nak dekat…
      kat sini pulak exam semakin hampir…
      mengharapkan doa rakyat malaysia utk pelajar2 kat sini…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *