Siri Pembunuhan Sepanjang Rampasan Kuasa Mesir

Hukuman mati kepada 529 orang pejuang pejuang Islam di Mesir oleh mahkamah ElMenia itu merupakan siri pembunuhan dari operasi hapus Islam di Mesir. Pengarah operasinya ialah Amerika dan Zionis Israel sementara penaja utama ialah negara negara Teluk seperti UAE, Bahrain, Kuwait dan kerajaan Arab Saudi. Sementara Iran dan Syiah pula menanti peluang untuk penaklukan bagi meluaskan empayarnya.

Siri pembunuhan demi pembunuhan disaksikan oleh dunia sepanjang lebih 6 bulan lalu semenjak rampasan kuasa berlaku.

Operasi pembunuhan yang dilakukan oleh pihak tentera dan polis seperti Pembunuhan Solat Asar, solat subuh, solat terawih, pembunuhan Tugu Peringatan yang setiap kali operasi mangsa korbannya mencecah ratusan orang. Hingga penyembelihan Rabaah dan Nahdhah pada pagi 14 Ogos tahun lalu. Masih segar dalam ingatan kita bagaimana operasi tanpa belas kasihan itu dilanyak wanita wanita dengan kereta perisai, ditembak setiap manusia yang cuba membantu mangsa lain, dibakar mayat mayat sesiapa sahaja tanpa ihsan yang operasi ini memakan masa lebih 11 jam. Lebih 5 000 menjadi korban.

Tidak cukul setakat itu berlaku pula pembunuhan misteri Penjara Abu Zaabel. Lebih 30 mangsa yang ditangkap diseksa, dibunuh kemudian mayat mereka dibakar. Minggu lalu pegawai pegawai polis yang terlibat dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Hanya hukumannya setahun penjara dan dibuang kerja. Semua pegawai ini melemparkan senyuman kepada hakim dan bergembira dengan keputusan mahkamah itu.

Malangnya dalam tempoh beberapa minit hakim mahkamah Elminia menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 orang tanpa sebarang perbicaraan.

Kudeta menggunakan semua saluran yang ada sama ada yang sah ataupun tidak sekalipun bercanggah dengan undang undang antarabangsa mahupun undang undang Allah tidak dipedulikan. Yang penting Gerakan Islam di Mesir dapat dihapuskan. Sedia berkhidmat demi kepentingan Yahudi dan musuh Islam.

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Perskutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *