Erdogan Mengutuk Keputusan Mahkamah Mesir

Perdana Menteri Turki telah mengutuk Mesir kerana menghukum 529 ahli Ikhwan Muslimin dengan hukuman mati dan mengkritik Barat kerana mendiamkan diri tentang penghukuman ini. Beliau ditemui dalam perhimpunan di utara bandar-bandar Turki Trabzon dan Ordu menjelang pilihan raya kecil pada hujung minggu ini, Erdogan berkata kepada orang ramai di ibu negara, Ankara, pada hari Isnin. “Mereka yang menggelar kita sebagai ‘diktator’ patut memandang ke Mesir”

“Mereka telah menjatuhkan hukuman mati kepada 529 ahli Ikhwanul Muslimin. Hukuman mati itu tidak mematuhi undang-undang hak asasi manusia Kesatuan Eropah – jadi mengapa Eropah bertindak mendiamkan diri terhadap keputusan itu ?”.

Menyentuh mengenai larangan sementara kerajaan Turki di Twitter, Erdogan berkata bahawa mahkamah telah meminta Twitter untuk bekerjasama dengan Turki untuk mencegah pelanggaran hak peribadi, tetapi pihak Twitter telah keberatan untuk mengikut undang-undang Turki.

Hukuman Mati Besar-Besaran Pimpinan Ikhwan Muslimin

Ikhwan Muslimin Mesir menerangkan bahawa hukuman mati pada Isnin lalu terhadap 529 penyokong presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi, sebagai “pembunuhan beramai-ramai yang baru.”

“Tentera kudeta telah menggunakan badan kehakiman untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai yang baru,” kata jurucakap Ikhwan dalam satu kenyataan pada hari Isnin. Pertubuhan itu terus menegaskan bahawa hukuman mati itu “bertujuan untuk merampas revolusi yang bersifat aman”.

Mahkamah Jenayah di wilayah Mesir Al Meniya pada hari Isnin menghukum sejumlah 529 penyokong Morsi mati manakala 16 yang lain dibebaskan. Pihak defendan, termasuk 397 orang yang dibicarakan tanpa kehadiran mereka, telah disabitkan dengan melakukan keganasan di Al Meniya Ogos lalu selepas pasukan keselamatan di Kaherah dan Giza menyuraikan dua kelompok pro-Mursi yang berhimpun dengan ganas, mengakibatkan beratus-ratus penunjuk perasaan terkorban. Mahkamah sejak itu telah merujuk tentang hukuman kepada mufti besar – pegawai tinggi agama Mesir – untuk kelulusan.

Ikhwan juga telah mengkritik “kecepatan” pembicaraan tersebut.

“Hakim tidak didengarkan dengan sebarang saksi atau membenarkan peguam untuk mempertahankan tertuduh. Hakim mengeluarkan keputusan mahkamah itu hanya dalam lima minit,” kata pertubuhan itu.

“Keputusan ini hanya akan membuat pihak revolusi lebih berazam untuk tetap bertahan, jatuhkan pihak Kudeta dan menyeret mereka yang berlaku zalim kepada orang ramai ke muka pengadilan,” isytihar Ikhwan muslimin.

 

Sumber :
World Bulletin
Mesir Kini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *