1. Iman ialah berikrar dengan lidah dan membenarkannya dengan hati. Iman yang sempurna ialah berikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan melaksanakan tuntutannya dengan anggota tubuh…
2. Allah SWT adalah Tuhan yang wujud, dan mempunyai 99 nama.
3. Allah SWT mempunyai banyak sifat, dan kesemuanya boleh dirangkumkan di bawah empat perkataan, iaitu : Sifat Kebesaran (al Jalal), Sifat Kesempurnaan (al Kamal) dan Sifat Keindahan (al Kamal).
4. Sifat yang wajib diketahui bagi seorang yang beriman, baligh dan berakal ialah 20 sifat wajib bagi Allah SWT, 20 sifat mustahil dan satu sifat harus bagiNya, iaitu :
a. Wujud ertinya ada, Allah itu ada dan mustahil Allah SWT itu tiada
b. Qadim ertinya tiada permulaan, iaitu tiada permulaan bagi Allah SWT, dan mustahil ada permulaan bagiNya
c. Baqa ertinya tidak berkesudahan, iaitu tiada kesudahan bagi Allah SWT, dan mustahil ada kesudahan bagiNya
d. Mukhalafatuhu Lil Hawadith, ertinya berbeza dengan makhluk. Iaitu Allah SWT berbeza dengan makhluk, dan mustahil Allah SWT serupa dengan makhluk
e. Qiyamuhu Ninafsihi, ertinya tidak bergantung dengan sesiapa. Iaitu Allah SWT tiada penggantungan dengan sesiapa, dan mustahil bagiNya bergantung dengan sesiapa
f. Wahdaniyah ertinya esa. Iaitu Allah SWT itu Esa dan mustahil bagiNya berbilang-bilang
g. Qudrah ertinya berkuasa. Iaitu Allah SWT berkuasa, dan mustahil bagiNya tidak berkuasa
h. Iradah ertinya menentukan sesuatu dengan kehendakNya. Iaitu Allah SWT berkuasa menentukan sesuatu dengan kehendakNya dan mustahil bagiNya membuat sesuatu kerana terpaksa
i. Ilmu ertinya mengetahui. Iaitu Allah SWT mengetahui semua perkara, dan mustahil bagiNya tidak tahu
j. Hayat ertinya hidup. Iaitu Allah SWT hidup dan mustahil bagiNya mati
k. Sama’ ertinya mendengar. Iaitu Allah SWT mendengar dan mustahil bagiNya tuli
l. Bashor ertinya melihat. Iaitu Allah SWT melihat dan mustahil bagiNya buta ataupun kurang penglihatan
m. Kalam ertinya berkata-kata. Iaitu Allah SWT berkata-kata dan mustahil bagiNya bisu
n. Kaunuhu Qadiran ertinya Allah SWT sentiasa dalam keadaan berkuasa, mustahil bagiNya dalam keadaan tidak berkuasa
o. Kaunuhu Muridan ertinya Allah SWT sentiasa dalam keadaan berkehendak dengan kehendaknya, mustahil bagiNya berada dalam keadaan tidak berkehendak
p. Kaunuhu Aliman, ertinya Allah SWT sentiasa dalam keadaan mengetahui, dan mustahil bagiNya berada dalam keadaan tidak mengetahui
q. Kaunuhu Hayyan, ertinya Allah SWT sentiasa dalam keadaan hidup, dan mustahil bagiNya berada dalam keadaan mati atau tidur
r. Kaunuhu Sami’an ertinya Allah SWT sentiasa dalam keadaan mendengar, dan mustahil bagiNya dalam keadaan tidak mendengar
s. Kaunuhu Bashiran ertinya Allah SWT sentiasa dalam keadaan melihat, dan mustahil bagiNya dalam keadaan buta
t. Kaunuhu Mutakalliman ertinya Allah SWT sentiasa dalam keadaan berkata-kata, dan mustahil bagiNya dalam keadaan tidak berkata-kata
Inilah 20 sifat wajib bagi Allah SWT dan 20 sifat mustahil bagiNya. Tidak mungkin sifat mustahil itu ada pada Allah SWT, dan tidak mungkin sifat wajib itu tiada atau hilang dariNya.
*Sifat yang harus bagi Allah SWT satu sahaja iaitu, Allah boleh membuat sesuatu atau boleh juga tidak membuatnya.
Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
SUMBER : Kitab Jauharah Tauhid
bole refresh blik ni pd yg da lpe termasukla saya..
tq
sama2 kita memperingati antara satu sama lain…
moga2 kita sentiasa kenal siapa tuhan kita
betul tu… semoga iman kita lebih kukuh dari gangguan syaitan…