Senduk Ajaib !!!

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

senduk ajaib
Seorang pengembara Ustaz Sabu tiba di sebuah pekan bernama Pekan yang penuh kedaifan…

Para penduduk tidak berapa senang dengan kedatangan Ustaz Sabu kerana takut beliau meminta makanan daripada mereka yang kini hidup dalam kesusahan.

“Ustaz boleh tinggal di sini, tapi sini tak ada makanan untuk ustaz ya…” kata Bijan, ketua kampung yang suka memakai cermin mata terbalik.

“Ana bukan datang meminta makanan… ana datang nak memasak sup untuk dikongsikan anta sekalian,” kata Ustaz Sabu.

Para penduduk Pekan melihat gelagat Ustaz Sabu yang gigih membina api dan memenuhkan periuk besarnya dengan air.

Dengan melakukan satu gelagat aneh – Ustaz Sabu mengeluarkan satu senduk yang dibalut dengan batu di penghujungnya dan mula mengacau air yang sedang mendidih.

Ustaz Sabu menghibu bau sup, dan bercakap, “Aduhai wanginya sup yang dimasuk senduk ajaib batu ini.”

Para penduduk mula tertarik kepada apa yang dilakukan Ustaz Sabu…

“Alangkah baiknya kalau ada sedikit kobis, sup ini tentu lagi lazat,” kata Ustaz Sabu.

Bijan terus balik ke rumah dan mengambil kobis yang disimpannya untuk diberikan kepada Ustaz Sabu… “Ana nak cuba sup lebih nanti ya…”

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

“Boleh. Tak ada masalah… tunggu dulu, dan ana nak kacau sup ini guna senduk ajaib untuk masak kobis,” kata Ustaz Sabu.

Ustaz Sabu mengulangi karenahnya, dan penduduk mula membawa keluar makanan untuk dikongsikan untuk membuat sup… lobak, daging, bawang, ubi… akhirnya sup Ustaz Sabu dipenuhi dengan makanan yang boleh mengenyangkan satu kampung.

Kisah ini memperlihatkan bagaimana manusia mula menjadi kedekut tatkala dalam kesusahan. Apabila sumber semakin kurang, manusia menjadi menyepi dan pentingkan diri sendiri. Mereka menjauhkan diri daripada orang lain dan menutup diri sendiri daripada berinteraksi daripada orang lain.

Seperti kisah senduk ini, akhirnya satu penduduk Pekan kelaparan kerana tidak berkongsi.

Ramai yang merasakan semakin disimpan sesuatu, kita akan menjadi lebih kaya secara dalaman, tapi realitinya kita menjadikan sekeliling dan diri sendiri lebih daif kerana kita tamak dan tidak rela berkongsi apa yang ada.

Ada yang suka menyimpan ilmu supaya sendiri lebih pandai daripada orang lain, walhal sebenarnya makin disimpin sendiri semakin tidak belajar dan akhirnya menjadi mundur.

Ustaz Sabu telah berjaya menarik perhatian penduduk yang daif untuk keluar berkongsi dan penduduk Pekan akhirnya memahami dengan berkongsi mereka mendapat lebih banyak daripada benda yang sedikit.

Adakah antara kita yang bersikap seperti penduduk Pekan seperti Bijan yang mulanya kedekut menghalau Ustaz Sabu? Atau kita bersikap suka berkongsi yang akhirnya dapat melahirkan satu sup yang lazat untuk dikongsikan seluruh kampung.

Senyum.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *