Statistik Kematian di Syria

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

syria
Perjuangan rakyat Syria untuk mengembalikan kebebasan dan keadilan dibumi Syria telah hampir memasuki tahun kedua…

Bermula kebangkitan mereka pada Mac 2011 sehingga sekarang, rakyat Syria masih lagi istiqamah dan thabat berjuang untuk memastikan pemerintah despotik keluarga Asad dijatuhkan.

Perkembangan mutakhir ini, tindakan yang dilakukan oleh rejim Basyarsemakin zalim dan tidak berprikemanusiaan bagi menghadapi kebangkitanrakyat ini. Beberapa hari yang lepas, masharakat dunia diperlihatkan dengantindakan rejim Basyar yang menggunakan bom fosforus putih terhadaprakyatnya sendiri.

Walaubagaimanapun, rejim Basyar seolah-olah mengambil sikap hanyamemekakkan telinga terhadap kutukan dan kritikan dunia terhadap tindakanzalim tersebut. Serangan demi serangan terus dilancarkan kepada seluruhwilayah di Syria terutamanya wilayah yang dikawal oleh Tentera PembebasanSyria (FSA).

Aktivis Revolusi Syria melaporkan bahawa sehingga kini lebih 40 ribu nyawa umat Islam Syria telah gugur akibat serangan yang dilancarkan oleh rejimBasyar. Walaubagaimanapun, para pemerhati politik Timur Tengah menyebut bahawa tindakan yang dilakukan oleh rejim mutakhir ini disifatkansebagai tindakan yang terdesak.

Banyak kawasan-kawasan di Syria yang telah berjaya dikawal oleh FSA terutamanya di Halab, Hama dan juga pinggir Damsyik. Oleh kerana itulah,pihak rejim menggunakan seluruh ketumbukan tenteranya untuk menggempur kawasan tersebut.

Walaubagaimanapun, tekanan demi tekanan dihadapi oleh rejim dari dalam mahupun luar Syria. Penubuhan Pakatan Pembangkang dan Revolusi Syria yang diketuai oleh Syaikh Muaz Khatib di Doha baru ini juga memberi tamparan yang hebat kepada rejim Basyar. Penubuhan pakatan tersebut akanmemberi gambaran bahawa pihak rakyat sudah bersedia untuk menanti kejatuhan Basyar tidak lama lagi.

Penubuhan pakatan tersebut juga mendapat sokongan daripada seluruh pimpinan FSA, aktivis Syria termasuk juga Kesatuan Ulama’ Islam Seduniamelalui kenyataan rasmi ketuanya Syaikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan solidariti masharakat dunia terhadapperjuangan rakyat Syria dan untuk mendokong penubuhan pakatan ini.

Untuk menjayakan usaha ini, tanggal 14 Disember 2012 bersamaan 1 Safar 1434H hari ini, Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia bersama Kempen GlobalUntuk Menyokong Rakyat Syria telah menyeru agar umat Islam menjadikan hari ini sebagai “Hari Menyokong Perjuangan Umat Islam Syria Sedunia”.

Seruan tersebut dinyatakan melalui Setiausaha Kesatuan Ulama Sedunia Syaikh Qurrah Daghi dengan tiga mesej penting kepada seluruh umat Islam.Mesej ini antaranya khusus dituju :

1- Kepada seluruh rakyat mahupun kerajaan agar sentiasa berdiri dibelakang rakyat Syria. Merasai keperitan mereka dalam mempertahankan maruahmereka daripada dirobek rejim.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

2-Kepada pemimpin dan umat islam serantau Arab untuk mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Syria. Menggesa untuk melipatgandakan usaha dalam menyokong saudara kita di sana semampu mungkin.

3- Kepada NGO/parti politik, ulama, pemikir, khatib agar menjadikan Jumaat ini sebagai hari sokongan sedunia kepada rakyat Syria. Melalui ucapan,khutbah, penulisan, media, perhimpunaan aman, berdoa dan qunut.

Para ulama’ dan pimpinan gerakan/NGO Islam juga telah menyatakan sokongan dan dokongan mereka terhadap seruan ini. Antara tokoh tersebut ialahSyaikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Syaikh Abdul Majid Az-Zindani, Syaikh Raid Solah, Syaikh Kamal Khatib, Dr Muhammad Badi’e dan beberapa tokohlagi.

Syaikh Raid Solah apabila membicarakan berkenaan dengan perjuangan rakyat Syria, beliau menyebut bahawa pembebasan Palestin akan didahuluidengan pembebasan kota Damsyik sebagaimana pembebasan Masjidil Aqsa akan berlaku selepas pembebasan Masjid Umawi. Ini memberi satu isyaratbahawa perjuangan rakyat Syria selari dengan perjuangan rakyat Palestin. Kedua-duanya berkongsi satu matlamat yang sama iaitu membebaskan tanahair daripada kezaliman dan penindasan.

 

KORBAN NYAWA RAKYAT SYRIA SEPANJANG 2012

Jaringan Hak Asasi Manusia SYRIA melaporkan, seramai 36,332 nyawa rakyat Syria terbunuh sepanjang tahun lepas di seluruh negara, 3,327 orang daripadanya adalah kanak-kanak, 3,194 lagi wanita dan 957 orang mati akibat penderaan yang dahsyat dalam tahanan.

Mereka juga termasuk 1,941 orang anggota “Tentera Bebas Syria” yang sebahagian besar disertai oleh orang awam dan 467 orang kalangan warga emas yang menjangkau usia lebih 60 tahun.

Dilaporkan oleh Hak Asasi Manusia Syria bahawa bermula Mac 2011 sehingga akhir 2012, seramai lebih 45 ribu orang yang telah meninggal dunia akibat krisis yang berlaku di Syria.

Menurut pertubuhan tersebut, kematian yang dilaporkan dan dicatat adalah seperti berikut :

1) Masyarakat awam : 28 113 orang.
2) Tentera rejim Basyar : 9 482 orang (Tidak termasuk tentera Iran, Iraq dan pakatan lain).
3) Mujahidin Syria : 1040 orang.

TERKINI

Mengikut laporan daripada NGO Aktivis Revolusi Syria, berikut adalah statistik sehingga 25/1/2013 :

Rakyat yang terbunuh : 63,929
Kanak-kanak yang terbunuh : 4,278
Wanita yang terbunuh : 3,528
Tentera yang terbunuh : 6,812
Demontrans yang terbunuh akibat diseksa : 1,436
Hilang : +60,000
Demontrans yang dipenjarakan : +140,000
Cedera : +137,000
Keseluruhan yang menjadi pelarian sejak Mac : +678,540
Pelarian ke Turki : +156,801
Pelarian ke Lubnan : +223,231
Pelarian ke Jordan : +204,303
Pelarian ke Iraq : +77,415
Pelarian ke Mesir : +14,156

Bilangan ini tidak termasuk yang tidak dilaporkan. Teruskan doa untuk mereka.

Angka ini tidak termasuk yang tidak dilaporkan dan tidak diketahui statusnya.

” اللهم انصر اخواننا المجاهدين وثبت قلوبهم على دينك حسبنا الله ونعم الوكيل ”

SUMBER : Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *