Semoga Esok Lebih Baik Untuk Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Sabtu bersamaan 9 Mac telah menyaksikan satu lagi detik episod baru dalam sejarah perundangan negara Mesir apabila Mahkamah Jenayah Wilayah Port Said telah membacakan keputusan muktamad terhadap 73 orang tertuduh yang didakwa membunuh dengan kejam anggota kelab penyokong bola sepak “Ahly” pada 2 Februari 2012. Tragedi berdarah itu berlaku di Stadium Port Said ketika perlawanan antara kelab “Ahly” dan “Masry” telah mengorbankan 73 orang manakala 254 lain cedera. ….

Perbicaraan yang memakan masa hampir setahun itu telah membicarakan 73 orang tertuduh. Mahkamah pada 26 Januari tahun ini telah memindahkan fail 21 orang dari kalangan mereka kepada Mufti Mesir bagi meminta pandangan syarak. Mufti Mesir menandatangani fail mereka, akhir hayat mereka semua pasti di tali gantung sementara baki 52 tertuduh lagi antara hukuman penjara atau dibebaskan.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Keputusan mahkamah pada 26 Januari lalu mencetuskan suasana tegang di Port Said hingga detik ini khasnya keluarga mangsa tertuduh, berbeza di satu pihak lain ia memberikan sinar baru buat keluarga mangsa korban. Ia ditambah dengan kumpulan samseng upahan yang bersekongkol dengan talibarut bekas rejim bagi menghuru-harakan Port Said, bahkan kacau-bilau telahpun merebak sehingga Suez dan Ismailiyyah.

Mahkamah Jenayah Port Said telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada 21 orang tertuduh daripada 73 orang dalam peristiwa berdarah di Stadium Port Said  2 Februari 2012 manakala baki tertuduh yang lain:

-5 orang dihukum penjara seumur hidup
-10 orang dihukum penjara 15 tahun termasuk bekas Ketua Polis wilayah Port Said, ‘Isom Samak
-6 orang dipenjara 10 tahun
-2 orang dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun
-28 orang lagi dibebaskan

Mahkamah Jenayah Port Said turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas Isomuddin Samak, bekas Ketua Polis wilayah Port Said setelah bersalah dan bersubahat dalam tragedi berdarah di Port Said yang membunuh 73 orang pada 2 Februari 2012.

Pendakwaraya memfailkan bantahan kepada keputusan mahkamah membebaskan 28 orang tertuduh.

 

SUMBER :
Ustaz Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

5 thoughts on “Semoga Esok Lebih Baik Untuk Mesir”

  1. sys elalu fikir org duduk sana org warka2 sb bumi sana byk ksiah ambia tercipta tpi tu bukan ukuran semua org d sana tak baik kan hee….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *