Kronologi Kemelut Sabah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Lahad Datu, Sabah
Polis mendedahkan bahawa mereka terpaksa menghantar pasukan penyelamat ke kampung itu untuk menyelamatkan yang cedera dan memungut mayat rakan-rakan lain yang terkorban….

Pada mulanya, sepasukan polis yang terdiri daripada 60 anggota telah masuk ke Kampung Sri Jaya Siminul untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh bersenjata di kampung itu.

“Setibanya di Kampung Simunul, pihak polis telah diserang oleh penceroboh.  Enam anggota polis telah dikorban manakala dua lagi cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh oleh pihak polis.

“Pihak polis telah menghantar pasukan penyelamat untuk memungut mayat wira-wira negara dan menyelamatkan anggota yang terperangkap di Kampung Simunul. Pasukan itu berjaya melaksanakan misi.

“Mayat anggota-anggota polis itu telah dicacatkan dengan kejam oleh penceroboh,” kata kenyataan tersebut.

Enam anggota polis yang telah meninggal dunia ialah, Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.

Berita pembunuhan kejam ini yang merebak di kalangan penduduk kampung dan telah dipetik oleh media, tetapi Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar enggan mengesahkan laporan ini.

 

Kronologi Ringkas :

12 Feb 2013: Kira-kira 150 orang penceroboh bersenjata menceroboh masuk ke Felda Sahabat, Lahad Datu. Polis kordon kawasan itu dan perintah kumpulan itu untuk meletakkan senjata mereka dan menyerah diri

14 Feb – 28 Feb: Rundingan telah dijalankan dengan penceroboh, yang dikenal pasti dari Selatan Filipina dan mendakwa keturunan Kesultanan Sulu.

Rundingan telah dilakukan beberapa kali untuk mengelakkan pertumpahan darah.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Penceroboh disuruh meninggalkan kawasan itu sebelum 24 Feb dan rundingan diteruskan untuk membolehkan mereka pulang.

1 Mac: Kejadian tembak-menembak pertama di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang mengakibatkan dua anggota keselamatan Malaysia terkorban. Seramai 12 penceroboh bersenjata ditembak mati oleh polis.

Polis turunkan risalah dan pesanan dari helikopter untuk penceroboh yang berkurung di Kampung Tanduo untuk menyerah diri.

PM Najib memberikan amaran kepada penceroboh untuk menyerah diri dan sekiranya gagal pihak berkuasa akan mengambil tindakan. Presiden Filipina Benigno Aquino III juga menggesa penceroboh untuk menyerah diri tanpa syarat.

2 Mac :- Insiden tembak-menembak di Kampung Simunul, Semporna mengakibatkan enam pegawai polis terkorban dan enam lagi penceroboh terbunuh.

Satu lagi penceroboh bersenjata, dibunuh di Kampung Sinalang Lama oleh penduduk kampung selepas penceroboh itu cuba Menculik mereka sebagai tebusan.

3 Mac: – Polis menyelamatkan orang yang terperangkap dan mengangkut mayat.

4 Mac: Angkatan Tentera tiba dikerahkan ke Sabah dalam pasukan tujuh battalion. Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian telah diisytiharkan sebagai “zon merah” berikutan laporan pendaratan penceroboh bersenjata.

Penceroboh dilabelkan sebagai “pengganas” selepas mesyuarat antara Menteri Luar Malaysia dan setiausaha Filipina di Kuala Lumpur (Perkara ini tidak disahkan oleh Manila).

5 Mac:- Perdana Menteri Malaysia berkata, pasukan keselamatan telah melancarkan ‘Ops Daulat’ untuk menamatkan keganasan di Kampung Tanduo serta untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

6 Mac: Satu pengganas bersenjata ditembak mati ketika cuba menyerang pasukan keselamatan negara Malaysia. Kawasan operasi diperluaskan dan keselamatan di bawa dalam kawalan.

(Sumber : Astro Awani)

 

3 thoughts on “Kronologi Kemelut Sabah”

  1. bila berlaku semua org panik.tpi jaga2 dg org luar skrg sah2 mmg byk dr pendatang tnpa izin. jgn mudh percy dg rupa dan janji2 mrka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *