Perbezaan Dosa Dan Kufur

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Dosa terbahagi kepada dua, iaitu dosa besar, dan dosa kecil. Dosa besar ialah…. 

a. Syirik
b. Membunuh manusia tanpa hak
c. Makan hasil riba
d. Lari dari peperangan
e. Tukang sihir
f. Menderhakai ibu bapa
g. Berzina
h. Liwat
i. Mendustakan Nabi Muhammad SAW
j. Dan lain-lain

*Dosa kecil akan diampunkan oleh Allah SWT sekiranya bertaubat, selagi mana orang tersebut tidak melakukan dosa besar.

 

 

* Orang yang beriman boleh menjadi “kafir” atau lebih dikenali sebagai “murtad” disebabkan beberapa faktor. Iaitu :

Dari Sudut Pegangan (i’tikad)

Iaitu sesiapa yang berpegang (dengan hatinya dan meyakini) salah satu daripada perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini atau meragui perkara-perkara yang wajib diyakini, maka dia sudah jatuh imannya, na’uzubiLlah.

a. Meragui kewujudan atau keTuhanan Allah SWT

b. Meragui keRasulan Nabi Muhammad SAW

c. Meragui bahawa al Quran itu adalah wahyu dari Allah

d. Meragui kedatangan Hari Kiamat, syurga, neraka dan lain-lain

e. Meragui kebenaran peristiwa Isra dan Mikraj Nabi Muhammad SAW

f. Berpegang bahawa Allah SWT tidak mempunyai sifat-sifatNya yang sedia maklum (sifat 20)

g. Berpegang bahawa Allah SWT berjisim, memerlukan tempat dan sebagainya

h. Menghalalkan perbuatan yang telah disepakati oleh ulama tentang pengharamannya seperti menghalalkan zina, arak dan sebagainya

i. Mengharamkan perbuatan yang telah disepakati oleh ulama tentang penghalalannya seperti mengharamkan jual beli yang halal, perkahwinan dan sebagainya

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

j. Menafikan kewajipan amalan yang telah disepakati oleh ulama tentang kewajipan amalan tersebut seperti menafikan kewajipan membayar zakat dan sebagainya

k. Menolak hubungan persahabatan antara Nabi SAW dan Para Sahabat RA yang utama, seperti menafikan Saidina Abu Bakar adalah sahabat Baginda SAW

l. Mengingkari sepotong atau keseluruhan ayat al Quran, atau menambah sepotong atau keseluruhan ayat al Quran bertujuan menjadikannya sebagai al Quran (yang baru)

m. Menafikan kerasulan salah seorang daripada 25 orang Nabi dan Rasul yang wajib dipercayai

n. Menolak ajaran utusan-utusan Allah

o. Berpegang bahawa terdapat nabi selepas Nabi Muhammad SAW

p. Mendakwa diri sendiri sebagai nabi atau rasul selepas Nabi Muhammad SAW

 

 

Dari Sudut Perbuatan (Amalan)

a. Sujud kepada patung berhala, matahari, pokok dan sebagainyad
b. Sujud kepada manusia dengan sukarela
c. Menghina Nabi atau Rasul samada dengan perbuatan atau kata-kata
d. Menghina kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah SWT dengan pebuatan atau kata-kata
e. Mempersenda Islam atau Allah SWT dengan perbuatan atau kata-kata
f. dan sebagainya

 

 

Dari Sudut Pertuturan

a. Menggelar seorang yang beriman sebagai “kafir”
b. Mempersenda atau menghina Allah SWT
c. Mempersenda kedatangan Hari Kiamat
d. Mempersenda syariat Allah SWT, seperti solat, zakat, hudud dan sebagainya
e. Mempersenda malaikat
f. Mempersenda Para Nabi dan Rasul
g. Mempersenda keluarga Nabi Muhammad SAW
h. Mempersenda Nabi Muhammad SAW
i. dan sebagainya

 

 

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

SUMBER : Kitab Jauharah Tauhid

2 thoughts on “Perbezaan Dosa Dan Kufur”

  1. Artikel yang bagus sebagai renungan bersama, moga kita sentiasa memiliki hati yang baik sesama manusia terlebih kepada Tuhan.

  2. salam..dah seperti masuk kelas agama pula tpi sy di ipoh lagilah hee..guru2 sering menekankan pd kita masa belajar sekolah rendah tentang bahaya zina, sihir dan sebagainya tapi msh ramai yang buat malah tidak takut pula huhu..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *