Kisah Belajar Matematik

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

guli

Cikgu Ismail, seorang guru matematik sedang mengajar Afiq, berumur 7 tahun matematik mudah.

“Jika cikgu memberikan Afiq, satu guli dan satu lagi guli, berapa guli yang Afiq ada?”

“Empat!” jawab Afiq dengan penuh yakin tanpa berfikir.

Jawapan Afiq mengecewakan Cikgu Ismail. Soalan mudah seperti ini tidak sepatutnya silap menjawab.

Cikgu Ismail cuba bersangka baik. Mungkin Afiq tak dengar soalan dengan baik.

“Cikgu tanya sekali lagi ya, Afiq. Dengar baik-baik. Jika cikgu beri satu guli, dan satu guli dan satu guli lagi kepada Afiq Afiq ada?”

Melihat wajah kecewa Cikgu Ismail tadi, Afiq kali ini tidak memberikan jawapan terus. Afiq mengira di hati. Afiq mengira di jari.

“Apa jawapan yang cikgu Ismail nak?” tanya Afiq di hatinya.

Antara memilih jawapan yang betul dengan jawapan yang menggembirakan Cikgu Ismail, akhirnya Afiq menjawab, “Empat.”

Mula Cikgu Ismail kekal kecewa. Cikgu Ismail tetap bersenyum dan cuba bersangka baik.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

“Mungkin Afiq ini tak suka guli…,” bisik Cikgu Ismail di hati.

“Afiq, kita cuba sekali lagi. Jika cikgu memberikan satu bola, dan satu bola dan satu bola pada Afiq, berapa bola Afiq ada?” tanya Cikgu Ismail.

“Tiga,” jawab Afiq.

Cikgu Ismail terus tersenyum gembira. Akhirnya Afiq menjawab dengan betul. Tak sia-sia beliau mengajar Afiq begitu lama. Cikgu Ismail ingin mencuba sekali lagi untuk memastikan Afiq betul-betul faham.

“Ok sekarang. Cikgu tanya semula – jika cikgu beri Afiq satu guli dan satu guli yang Afiq ada?” tanya Cikgu Ismail dengan perlahan.

“Empat!” jawab Afiq lagi.

“Mengapa lain pula? Otak Afiq ada masalah ke? Guna bola jawab betul. Guna guli jawab salah. Ke nak permainkan cikgu? Bazir masa cikgu!” jerit Cikgu Ismail.

“MENGAPA AFIQ JAWAB EMPAT?” tanya Cikgu Ismail lagi.

Afiq yang ketakutan… dan serba salah… “Saya sudah ada satu guli di dalam beg saya untuk main lepas kelas nanti….”

Jika orang memberikan jawapan yang berlainan daripada apa yang kita harapkan, janganlah anggap mereka silap dan mudah kecewa dan kecil hati. Mungkin ada satu sudut lain yang kita tidak terfikir.

Ada hikmahnya jika kita memahami Allah mencipta manusia dengan dua mata di depan dan bukannya satu di depan dan satu di belakang.

Senyum.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *