Kebangkitan Rakyat Mesir Terus Meningkat

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Himpunan “Jumaat Kemarahan” Menyaksikan Rakyat Mesir Tidak Akan Undur

Semalam, Jumaat bersamaan 16 Ogos diumumkan “Jumaat Kemarahan” yang menyaksikan jutaan rakyat keluar ke jalan-jalanraya bagi menyatakan bantahan mereka kepada operasi pembunuhan di dataran Raba’ah dan Nahdhah beberapa hari lalu.

Tiga tokoh masyarakat iaitu Dr.Salim Ewa (bekas calon Presiden Mesir), Syeikh Husin Yaakub (Ahli Majlis Syura Ulamak-Salafi) dan Zakaria Abdul Aziz (hakim, bekas Presiden Kelab Hakim Mesir) dilaporkan memimpin perarakan yang disusun oleh Gerakan Kerjasama Kebangsaan di 28 buah ‘check point’ di wilayah Kaherah dan Giza. 28 perarakan ini kesemuanya akan berkumpul di lokasi baru iaitu dataran Ramsis. Ia sebagai ganti kepada Raba’ah dan Nahdhah yang kini dikawal ketat oleh pasukan keselamatan selepas diranapkan dalam operasi dua hari lalu.

Berita Mesir

Ramsis terletak di pusat bandar, hanya beberapa kilometer dari dataran Tahrir. Di Ramsis juga terletaknya stesen kereta api yang menghubungkan antara wilayah dan pengangkutan awam lain. Di dataran tersebut, terdapat sebuah masjid utama yang dinamakan Masjid Al-Fath.

Askar dan polis yang bekerjasama erat dengan kumpulan militia samseng tidak mampu menahan dendam kesumat yang menyaksikan semakin ramai rakyat muak dengan tindakan mereka.

Pasukan keselamatan dilaporkan bertindak kejam bagi menyuraikan perhimpunan yang mencecah ratusan ribu. Seolah-olah berhadapan dengan bala tentera Zionis Israel, askar dan polis menangani mereka dengan penuh kejam. Tiga buah pesawat tentera digunakan bagi membedil mereka yang sedang berhimpun, dibantu oleh helikopter yang dilihat melepaskan tembakan di terowong Shubra selain pasukan penembak tepat (sniper) mengambil kedudukan di atas Jambatan 6 Oktober, berhampiran Masjid Al-Fath.

Berita Mesir Terkini

Angka korban himpunan “Jumaat Kemarahan” rakyat Mesir semalam Lebih 213 orang syahid dan 2700 orang lagi cedera menjadikan angka korban keseluruhan meningkat lebih daripada 3 ribu. Sementara di beberapa wilayah yang lain, polis dan tentera dibantu oleh militia samseng turut membunuh orang awam. Antaranya di Iskandariah, Kafr Sheikh, Port Said dan Ismailiyyah. Beberapa kematian juga dicatatkan.

Semalam juga menyaksikan beberapa buah wilayah mengadakan upacara pengebumian bagi mangsa-mangsa korban Raba’ah dua hari lepas. Walau bagaimanapun, perarakan mengiringi jenazah di beberapa kawasan juga diserang oleh militia samseng dan polis seperti di Shibin El-Kom. Ini bererti mereka tidak gentar dengan peluru atau takut mati. Siri himpunan dan perarakan ini akan berterusan sehingga Mursi dibebaskan.

Mesir Terkini

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Apa lagi selepas ini? Selepas diserang dan diceroboh dua lokasi dataran yang menjadi simbol kemuliaan dan kebebasan iaitu Raba’ah dan Nahdhah, penyokong Mursi yang telah meninggal dunia juga turut menjadi mangsa. Terdapat usaha di pihak Kementerian Kesihatan untuk memalsukan laporan kematian para syuhada’ yang mendakwa mangsa mati kerana membunuh diri, bukan ditembak oleh pasukan keselamatan.

Kemudian, anggota keluarga mangsa korban yang berkumpul di Masjid Al-Iman semalam turut diserang. Lebih 150 orang anggota keluarga mangsa korban dikepung oleh pasukan polis yang tiba di masjid tersebut sebelum melepaskan gas pemedih mata. Mereka diminta oleh pihak polis untuk bersurai yang menyebabkan kemarahan di pihak anggota keluarga mangsa. Ikhwanonline melaporkan, operasi itu bertujuan mencuri mayat-mayat mangsa yang berjumlah 350 itu setelah baki 3,000 lagi berjaya dihapuskan dalam operasi membakar Hospital Raba’ah dua hari lepas.

Mesir Terkini

(Gambar) menunjukkan pasukan khas polis melepaskan tembakan ke atas penyokong Dr.Muhammad Mursi di Ramsis semalam.

Talam dua muka ; Presiden Amerika Syarikat, Obama menyeru kerajaan kudeta Mesir untuk menghentikan tindakan keras berdarah terhadap penunjuk perasaan, tetapi dalam pada masa yang sama Amerika Syarikat terus menjadi penyumbang utama dengan menyalurkan 1.3 bilion setahun sebagai bantuan ketenteraan. Selama beberapa dekad, Mesir telah menjadi salah satu penerima terbesar bantuan ketenteraan luar AS dan memperoleh pelbagai manfaat kelengkapan tentera F-16, bom gas pemedih mata.

Angkatan tentera , polis dan samseng upahan terus mengepung Masjid Fatah di Ramsis selama 20 jam lebih semalam. Rakyat Mesir yang terperangkap di dalam masjid tersebut adalah mangsa yang terbunuh semalam , wanita-wanita , kanak-kanak , orang yang sakit dan warga emas yang dikepung tanpa bekalan makanan , minuman dan ubat-ubatan. Sehingga mereka keluar dari masjid tersebut dengan dibantai oleh tentera, polis & samseng upahan.

Masjid Al-Fath

Terkini : Bursa saham mesir jatuh disebabkan rampasan kuasa. Tempoh bekerja di pusat dagangan saham dikurangkan. Mereka akan mula bekerja selama 3 jam sahaja, berbanding 4 jam pada sebelumnya. Mereka kurangkan tempoh bekerja di dgangan saham adalah utk membolehka pekerja-pekerja di pusat pulang ke rumah pada masa sepatutnya.

Bank nasional mesir juga telah mengurangkan waktu kerja bermula jam 9.00pagi sampai 2.00petang sahaja. Kerajaan “kudeta” mengarahkan Kementerian Kesihatan Mesir untuk menyembunyikan angka sebenar mangsa tragedi berdarah di Medan Ramsis semalam.

Ikuti Laporan Secara Live : www.al-jazeera.net

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Live On TV Al-Jazeer
Ikhwanonline.com

 

3 thoughts on “Kebangkitan Rakyat Mesir Terus Meningkat”

  1. Apa yang akan terjadi di esok hari di Mesir ?? semoga bukan terus menerus hal2 yang buruk agar rakyat Mesir bisa kembali tentaram dan damai

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *