Himpunan “Jumaat Kemarahan” Jutaan Rakyat Seluruh Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Jumaat Kemarahan

Hari ini merupakan hari kemuncak penyokong Dr.Muhammad Mursi turun berhimpun menyatakan kemarahan ke atas peristiwa pembunuhan ratusan syuhada di Mesir. Sekarang beratus ribu penyokong seluruh negara Mesir turun menyatakan sokongan kepada Dr.Muhamamad Mursi, sambil mengangkat gambar Presiden Mursi dan bendera Mesir.

Pasukan keselamatan bertempur dengan penunjuk perasaan di tanta dan asyut. Perhimpunan di kaherah dan muhafazah lain adalah untuk mengecam peristiwa di Rabaah Adawiyyah dan Nahdhah dibawah slogan “berjuta-juta kemarahan”(مليونية الغضب).

“Kemarahan Akan Meletus Seperti Gunung Berapi”

“Jumaat Kemarahan” 16 Ogos 2013 melambangkan kemarahan seluruh rakyat Mesir. Sama-sama kita doakan kemenangan dan memelihara darah mereka yang tidak berdosa.

“Gabungan Kerjasama Kebangsaan” pertubuhan yang menaungi tuntutan rakyat menolak rampasan kuasa hari ini menyeru seluruh rakyat menyertai perarakan aman yang dinamakan sebagai “Jumaat Kemarahan”.

Sebanyak 28 pusat perkumpulan disusun di wilayah Kaherah dan Giza yang sedang bermula selepas selesai solat Jumaat tadi. Semua perarakan ini akan berkumpul di dataran Ramsis.

Ikuti Laporan Secara Live : www.al-jazeera.net

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

17 16 15 14 13 11 10 9 8 6 3 4 5 19Mesir TerKini Berita Terkini Mesir Mesir Bergolak Mesir KiniIskandariah

Ikhwanonline : Polis terus bertindak dengan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun di dataran Ramsis selepas solat Jumaat tadi. Tiga buah pesawat perang telah melepaskan tembakan ke atas rakyat yang menyokong Mursi di Ramsis.

Sehingga kini, 50 orang telah gugur syahid dalam perhimpunan selepas solat jumaat tadi menjadikan angka korban terus meningkat. dan mayat ditempatkan di Masjid A-Fath dan Masjid Tauheed di Ramsis. Pasukan penembak tepat (sniper) juga mengambil kedudukan di atas Jambatan 6 Oktober manakala helikopter tentera melepaskan bedilan di terowong Shubra.

“يا الله احفظهم وبارك فيهم وانصرهم”

SUMBER :
R.N.N | شبكة رصد
TV Al-Jazeera
Ikhwanonline.com

1 thought on “Himpunan “Jumaat Kemarahan” Jutaan Rakyat Seluruh Mesir”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *