Israel Peranan Utama Dalam Rampasan Kuasa Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Al-Khatib : Israel Juga berperanan Dalam Rampasan Kuasa Negara Mesir

Syeikh Kamal Al-Khatib , Timbalan Ketua Gerakan Islam dalam jajahan 1948 berkata, “tidak boleh dielakkan Israel juga memainkan peranan dalam rampasan kuasa yang diketuai Menteri Pertahanan Mesir, Jeneral As-Sisi menentang Presiden pilihan rakyat, Dr.Muhammad Morsi,” demikian itu, beliau membawa bukti bahawa badan ketenteraan Israel diselubungi kegembiraan yang besar selepas rampasan kuasa. Diikuti lagi, kenyataan-kenyataan ketua-ketua tentera Israel.

Syeikh Kamal Al-Khatib

Kata Al-Khatib dalam kenyataan media, beliau menerangkan Menteri Keamanan Israel turut mengungkapkan kegembiraan dengan apa yang telah berlaku di Mesir malah dua kali kenyataan menteri ini diulang. Tambahan lagi, kenyataan bekas menteri Israel ‘Tzachi Hanegbi’ menyebut apa yang terjadi di Mesir mesti disahut dengan kegembiraan dan keseronokan.

Pada waktu yang sama, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meminta menteri-menterinya agar tidak mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan reputasi mereka yang merampas kuasa. Selain apa yang disebutkan Al-Khatib, sehari selepas Dr.Morsi digulingkan, Israel telah menghantar utusannya ke Mesir.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Hal ini mengesahkan lagi bahawa badan-badan kerajaan Israel berperanan memberi panduan kepada mereka yang melakukan rampasan, sekaligus untuk menggagalkan halatuju ‘Arab Spring’ yang telah mengejutkan semua pihak ketikamana mengembalikan urusan pemilihan pemimpin di tangan rakyat.

Menukil dari twitter KhalidALbakr, Syeikh Al-Aqsa iaitu Raed Salah (Ketua Gerakan Islam dalam jajahan 1948), “Morsi menghubungiku setiap pagi untuk mengetahui apa-apa berita terperinci mengenai apa yang berlaku ke atas Masjid Al-Aqsa”.

as-sisi

Akhbar Israel “Haaretz” telah menobatkan Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fattah As-Sisi sebagai “wira” berikutan rampasan kuasa yang dilakukan bagi menggulingkan Presiden Mursi.

Menurut akhbar tersebut lagi, rakyat Israel keseluruhannya menyokong para jeneral Mesir yang menerima arahan dari Amerika seperti As-Sisi. Mereka telah berjaya menamatkan pemerintahan Mursi. Antara Isi kandungan Akhbar Tersebut : “Kami semua bersama rampasan kuasa tentera.”

 

SUMBER :
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Mini-Pavilion ‘From Palestine With Love'(MAP)

 

1 thought on “Israel Peranan Utama Dalam Rampasan Kuasa Mesir”

  1. perkara ini sudah lama dirancang supaya tanah arab sentiasa bergolak..peluang ini mereka gunakan untuk menguasai dunia secara halus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *