Bursa Saham Negara Mesir Susut Mendadak

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Arab yang berpengkalan di Britain menggesa agar anugerah Nobel Keamanan yang dikurniakan kepada Dr.Mohammed El-Baradei ditarik semula.

Pertubuhan tersebut telah menulis surat kepada panel Nobel Keamanan bagi mendesak anugerah yang diterima oleh Baradei pada tahun 2005 ditarik semula.

DR BARADIE

Ini kerana Baradei telah bekerjasama dengan pihak tentera bagi menggulingkan pemerintah Mesir yang sah dan menutup kembali ruang demokrasi yang dikecapi oleh rakyat Mesir.

 

Bursa Saham Mesir Susut Mendadak:

Bursa saham Mesir mencatatkan penyusutan harga sebanyak 1%, yang menunjukkan penurunan harga pasaran sebanyak 1.4 juta (kepada LE 354 juta berbanding LE 355.4 juta) pada minggu lepas.

Seorang Pakar Perunding Saham berkata harga pasaran saham Mesir mengalami kerugian dalam tempoh seminggu sebanyak LE 1.3 juta. Penurunan ini berlaku bertitik tolak daripada peristiwa pembunuhan di hadapan bangunan Pertahanan Republik (Hars Al-Jumhuriy), Isnin lepas. Peristiwa tersebut menyaksikan pembantaian yang berlaku ke atas para penyokong kepimpinan Dr Mursi.

Di samping itu, proses penamaan calon presiden baru berserta sumbangan yang diberikan Arab Saudi kepada Mesir juga turut memberi kesan terhadap pasaran semasa.

Bursa Saham Mesir membekukan pemilikan saham dan syarikat 14 orang pemimpin Ikhwan Muslimin antaranya Mursyidul Am Dr.Mohammed Badi’e, Naib Mursyidul Am Mahmud Izzat, Khairat Shatir, Rasyad Bayoumi, Presiden FJP Dr. Saad Katatni dan Naib Presiden Parti Wasat Esom Sultan. Arahan ini dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara dan dikuatkuasakan oleh bursa saham serta-merta.

1

Pentas Medan Rabaah Adawiyah Mengumumkan Bilangan Peserta Himpunan Menyokong Syariyyah Semalam “Jumaat Kemaraan” :

– 3 Juta di Dataran Rabaah Adawiyyah
– 2 Juta di Dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah
– 350 ribu di Giza
– 500 ribu di Ramsis
– 150 ribu di Istana Ittihadiyyah
– Jutaan di Iskandariyyah dan Almenia
– 100 ribu di Qina
– 30 ribu di Aswan
– Ratus ribu di Asyut
– Puluhan ribu di Fayoum

Sementara lebih 200,000 orang lagi sedang berkumpul di hadapan Bangunan Kementerian Pertahanan bagi mendesak pembebasan Mursi.

Manakala lebih 100,000 yang lain berkumpul di jalan menghala ke Istana Ittihadiyah, tetapi kemaraan mereka dihalang oleh askar.

Semalam, kumpulan Tamarrud juga menganjurkan majlis berbuka puasa di dataran Tahrir. Kehadiran mereka tidak melebihi 200 orang itu sebenarnya turut disertai oleh anggota-anggota polis.

Berita “Al-Youm Sabik” ini melaporkan bahawa anggota polis dari unit “Amn Markazi” telah menyertai majlis tersebut.

 

SUMBER :
Ustaz Abdul Malik Bin Abdul Karim
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

5 thoughts on “Bursa Saham Negara Mesir Susut Mendadak”

  1. sayang pemerintah yang bagus hafalan 30 juzuk blh di gulungkan bgtu sahaja..pelik pasl apa beliau di gulingkan..admin tahu ker?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *