Gerakan Hamas Diharamkan Di Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Apabila tanggal 3 Mac lalu, Mahkamah Mesir secara rasmi mengharamkan semua aktiviti gerakan HAMAS di Mesir dan menutup semua pejabat-pejabat HAMAS di negara itu ia secara langsung melabelkan HAMAS sebagai pertubuhan pengganas. Ia diselar oleh pimpinan HAMAS kerana keputusan dibuat dalam keadaan wakil HAMAS tidak pernah dipanggil untuk tampil sebagai saksi.

Tarikh 3 Mac itu kebetulan merupakan tarikh hitam bagi umat Islam yang menyaksikan kejatuhan Khilafah Islam yang pernah memayungi mereka tahun 1924.

Kudeta Mesir secara sedar tentunya menjadikan tarikh tersebut sebagai mengulangi detik hitam bagi umat Islam apabila meranapkan HAMAS di Mesir.

Maka ia secara jelas bahawa kudeta Mesir yang menghancurkan pemerintahan Islam yang diasaskan oleh Ikhwan Muslimin melalui Presiden pilihan rakyat, Muhammad Mursi menjadi talibarut kepada Zionis Israel.

Lihat percaturan mereka:

1) Duta Israel di Kaherah secara terang-terangan menobatkan Abdul Fatah As-Sisi sebagai “wira rakyat Israel”.

2) Akhbar utama Israel memaparkan muka surat hadapan bahawa As-Sisi seorang yang mampu “merampas Mesir dari genggaman puak Islamik”.

3) Beberapa jam selepas rampasan kuasa diumumkan pada 3 Julai tahun lalu, pihak berkuasa Mesir melarang semua pemimpin-pemimpin HAMAS dari memasuki Mesir.

4) Tentera Mesir menggiatkan usaha memusnahkan terowong-terowong di sempadan Rafah-Gaza yang digunakan oleh penduduk Gaza bagi aktiviti kehidupan mereka tetapi tentera Mesir menggunakan alasan “HAMAS menggugat keamanan negara Mesir dengan menjadikan terowong-terowong berkenaan untuk membantu Ikhwan Muslimin di Mesir”.

5) Mengetatkan kawalan pintu masuk sempadan Rafah.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

6) Mengheret Presiden Mursi dan beberapa pimpinan utama Ikhwan Muslimin ke mahkamah atas tuduhan “menjadi ejen pengintip bagi kepentingan musuh termasuk HAMAS” yang merupakan tuduhan berat dan sabit kesalahan sebagai ‘pengkhianat negara’ maka hukuman ialah hukuman mati.

7) Empat pegawai tertinggi tentera Mesir (beragama Islam) mengeluarkan ugutan bagi melakukan operasi menyerang Gaza terdekat ini bertujuan menghapuskan HAMAS dan mereka bersedia bekerjasama dengan FATAH. Zionis Israel hanya berpeluk tubuh dan tersenyum lebar waktu ini kerana orang Islam sendiri akan menyembelih saudara mereka.

8) Tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mesir setiap kali letupan bom yang berlaku menuding jari ia didalangi oleh HAMAS tetapi tanpa bukti atau siasatan lanjut. Apabila ditanya suspek terlibat maka diberikan nama-nama anggota HAMAS yang kononnya terlibat. Ia dinafikan oleh HAMAS kerana nama-nama tersebut telah meninggal dunia beberapa tahun lalu dan terdapat mereka yang sedang menjalani hukuman penjara di Tel Aviv. Langsung tidak masuk akal.

9) Pihak tentera dan polis Mesir menuduh terdapat khemah HAMAS dan anggota-anggota HAMAS terlibat berada di dataran Raba’ah sewaktu operasi bunuh dilancarkan oleh tentera pada 14 Ogos 2013 yang membunuh lebih 5,000 umat Islam.

10) HAMAS diburukkan imejnya oleh media-media Mesir dengan mendakwa HAMAS merupakan anggota Ikhwan Antarabangsa. Sepertimana dimusuhi dan dihapuskan Ikhwan maka nasib yang sama akan menimpa HAMAS.

 

“Jelas, bahawa As-Sisi dan kudeta Mesir merupakan Ejen dan Hamba Abdi kepada Zionis Israel”

 

SUMBER :
Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *