Fikiran Sentiasa Positif

anjing

Seorang pemandu 4WD melihat ada seekor anjing di tepi jalan sedang membuang air besar….

Pemandu tersebut membunyikan hon kereta tapi beliau tidak memperlahankan kereta.

Pemandu tersebut ingat kereta 4WD besarnya dan honnya yang kuat sudah cukup untuk menghalau anjing itu.

Pemandu terus menekan minyak kereta dengan bayangan anjing tersebut akan lari sebelum keretanya sampai.

Beliau silap. Akhirnya keretanya melanggar anjing tersebut dan terbabas masuk mengena dinding longkang.

Anjing itu menjerit kesakitan – jeritan itu cukup menderita dan seram.

Dia terus turun kereta dan menjerit, “Bodoh punya anjing. Hon tak lari. Kereta datang tak nampak. Lihat sekarang. Padan muka kau.”

Pemandu itu bengis tanpa belas kasihan. Walaupun anjing itu menjerit derita kesakitan dan mulutnya dipenuhi dengan darah, dia masih ingin menendang anjing tersebut.

Semua jiran dan pemilik anjing keluar melihat keadaan.

Pemilik anjing terus memeluk anjing kesayangannya – dan bertanya apa berlaku.

“Anjing kau tu bodoh. Kereta datang tak tahu lari. Hon pun tak lari,” jerit pemandu itu. “Engkau perlu bayar kerosakan kereta aku.”

“Awak yang bersalah. Aku di tepi padang lihat kamu sengaja tekan minyak walaupun nampak anjing itu tak gerak,” balas Ustaz Shahril.

Pemandu itu terdiam lalu membalas, “Ini silap anjing bodoh. Tak tahu lari bila orang hon. Nak salah salahkan anjing. Pakcik itu bantu anjing itu buat apa,” balas pemandu tersebut.

“Awak ini jangan melampau cakap macam itu dengan ustaz. Dia orang alim tak menipu. Memang kamu sengaja nak tak nak slow down kereta,” kata Muthu.

“Aku tak kira. Anjing itu salah. Awak kena bayar,” pemandu itu menuding jari pada pemilik anjing yang masih menangis melihat anjing peliharaan 13 tahunnya sedang memuntah darah.

“Anjing itu tak salah. Dia pekak dah 2 tahun. Dia pekak sebab 2 tahun lalu ada pencuri mahu rompak rumah makcik, dia akan menyalak. Pencuri itu ambil mercun letak kat telinga dia. Awak, Tuhan bagi mata, bagi telinga, bagi minda bawa kereta macam hantu, lepas itu nak salahkan anjing. Kalau dia tak pekak, sudah tentu dia dah lari dengar kereta awak. Tapi dia pekak bukan macam awak yang sempurna – ada mata, ada telinga, ada mulut, ada otak – tapi semua disalahguna. Tahulah awak kereta besar orang kaya, tapi hal ini kita semua akan lapor polis,” kata Kak Fatimah.

Pemandu itu ketakutan apabila melihat lebih ramai jiran keluar membela anjing tersebut lalu meminta maaf dan melarikan diri.

Ustaz Shahril membantu pemilik anjing membawa anjing ke hospital haiwan terdekat.

“Dia dah amat parah. Pinggang dia patah. Dia akan mati malam ini, atau besok,” kata doktor haiwan.

Selepas berfikir sejenak dan melihat anjingnya yang bersamanya 13 tahun menjaga keamanan seluruh jiran tetangga…

“Doktor, minta bagi dia pergi dengan aman,” kata pemilik anjing itu sambil menangis.

Ustaz Shahril tidak berkata apa-apa kerana merasakan itulah yang sebaiknya untuk keadaan sedemikian.

Anjing tersebut diberi suntikan dan akhirnya mati di tangan pemilik anjing, Ah Heng, sahabat karib Ustaz Shahril.

Seluruh kampung merasa kesian terhadap nasib yang melanda anjing yang bernama ‘Si Hitam’ dalam bahasa cina, yang telah berkhidmat lama untuk mereka.

Banyak pengajaran dalam kisah ini menyayatkan ini terutamanya dari aspek sangka baik.

Sekadar perkongsian….

6 thoughts on “Fikiran Sentiasa Positif”

  1. Kesian kat anjing tu.. manusia sekarg dah tahu salah tapi masih buat selamba je macam tak ada apa2 kesilapan yang dilakukan. Angkuh. Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada semua. Terima kasih sudi berkongsi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *