Nilai Pengorbanan Seorang Ibu

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

emak

Setelah selesai mengaji di negara asing, aku telah pergi temuduga untuk mendapatkan pekerjaan selepas pulang ke tanahair.
Melihat pada resumeku, pengarah syarikat yang menemudugaku melihat keputusanku sangat cemerlang….

“Kamu belajar dapat biasiswa?”

“Tak,” jawab aku.

“Ayah kamu yang tanggung?” pengarah itu bertanya.

“Tak juga. Ayah meninggal masa saya masih kecil. Mak yang besarkan saya,” jawab aku lagi.

Emak kerja apa?” tanya pengarah itu lagi.

“Mak berkerja di ladang sayur,” jawab aku secara ringkas.

“Boleh keluarkan tangan kamu?” pengarah bertanya dan aku segera mengeluarkan tangan aku.

Pengarah itu memegang tangan aku yang masih licin dan sempurna.

“Pernah bantu emak di ladang?”

“Tak pernah. Mak hanya suruh baca buku. Ada masa baca buku,” jawabku.

“Balik dulu. Sentuh tangan emak. Dan jumpa lagi besok,” kata pengarah tersebut.

Balik ke rumah, aku ke kebun mencari mak. Emak sedang mencangkul ubi.

Melihat kepulangan aku, emak terlalu gembira sehingga meninggalkan kerjanya di kebun lalu datang memelukku.

Aku mengambil kesempatan untuk cuba memegang tangan mak yang selama ini aku jarang sentuh. Aku membawa mak ke tempat basuh tangan. Tangan emak dicuci… dalam keadaan mencuci aku menangis.

Tangan emak sudah berkerut dan mempunyai banyak luka.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

“Inilah tangan yang membawa aku habis belajar di luar negara tapi sendiri tak nak pernah ke luar negara,” bisik aku di hati.

Tanpa disedari, air mataku mula mengalir.

“Semua luka di tangan ini adalah tanda pengorbanan mak untuk masa depan saya. Saya sayang mak,” kata aku sambil berpeluk dengan emak tersayang.

Kemudian aku buat pertama kalinya membantu mak menyiapkan kerja di kebun. Di sebelah malamnya pula, aku memasak buat kali pertamanya untuk mak.

Malam ini, aku berbual dengan emak sepanjang malam.

Keesokan paginya, aku bertemu dengan pengarah syarikat kembali.

“Bagitahu saya apa perasaan kamu dan apa yang kamu telah dapat pelajar daripada menyentuh tangan emak kamu,” kata pengarah itu.

“Pertama, aku akhirnya faham apa itu erti pengorbanan. Tanpa emak, segalanya itu tidak akan menjadi, anakanda akan gagal mata pelajaran dan ibadah Islam. Tanpa emak, tiadalah saya,” aku menjawab seorang diri.

“Kedua, selepas membantu mak di kebun, saya terasa emak sangat gembira kerana akhirnya dapat berehat. Akhirnya saya faham betapa susahnya pekerjaan emak untuk membesarkan anak-anaknya, “ kata aku.

“Ketiga, saya dapat melihat kepentingan keluarga dan hubungan silaturahim antara keluarga adalah jauh lebih bernilai daripada kerja saya,” tambah aku.

Selepas habis jawapanku, 5 minit terhenti sekejap sebelum pengarah tersebut berkata mengumumkan bahawa aku telah ditawarkan bekerja di syarikat mereka.

Selepas mendapat surat tawaran, aku terus pulang berjumpa mak.

Air mata emak terus mengalir tanpa sebab sejurus aku tiba di rumah dan bertanya nak lauk apa untuk makan malam ini.

“Semua yang emak masak sedap dan saya akan habiskan segalanya,” kata aku.

 

Senyum… ∩‿∩

 

7 thoughts on “Nilai Pengorbanan Seorang Ibu”

  1. mak, ibu..mama dll panggilan satu darjah harus kita letak tinggi.jgn sesekli sakiti hati mereka bgtu juga dg ayh kita

  2. sungguh klasik gamabr lukisan tu.sy doakan kedua ibu bapa dunia ini sabar dan tabag dlm melayan karenah ank2

  3. sy rindu mak saya. ada juga bt bgtu terkadg tgok uban kt rambut mak dh putih..ayah sama..sy sllu pikir tabahkan mrka didik anak2 mrka seramai 6 org.sungguhpun 2 dr dah pergi mrka ttp tabah dan tk pernh pilih ksih antra kami.

    sy rasa ni atra kisah hdup admin yer ker?..

    1. cerita nie bukan tentang diri saya.. ini kisah motivasi untuk semua yang masih mempunyai kedua ibubapa… hargailah pengorbanan mereka didunia dan diakhirat..

  4. Tips Hebat Di Kamar

    Banyak betul blog yg coret pasal isu nie… tapi last2 blog awak gak saya klik… tq atas info 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *