Kisah seorang ibu, Shahrizat yang bekerja baru sahaja pulang ke rumah lewat malam, kepenatan.
Beliau terkejut anak kecilnya, 5 tahun masih menunggunya…
“Mak, boleh anakanda tanya satu soalan?” tanya anak kecilnya.
“Boleh, apa dia?” jawab Shahrizat.
“Mengapa nak tahu? Itu tak perlu anakanda menyibuk. Anakanda tak tidur lagi sebab nak tanya benda remeh macam ini?” jawab Shahrizat dengan nada marah.
“Mak, anakanda cuma nak tahu. Boleh anakanda tahu, mak dapat berapa kerja sejam?” tanya anak kecilnya lagi.
“OK OK. Mak dapat RM100 sejam,” jawab Shahrizat…
“Banyaknya….” Anak kecilnya terdiam dan mengira di tangannya … “Mak, boleh anakanda pinjam RM50?” tanya anak kecilnya lagi.
“ANAKANDA LEWAT MALAM TAK TIDUR TANYA MAK SOALAN MACAM INI SEMATA-MATA NAK PINJAM DUIT DARIPADA MAK? KECIL-KECIL DAH BELAJAR PINJAM DUIT. INI MESTI TAK TAHU NAK BELI PERMAINAN APA YANG TAK BERBALOI DAN BAZIR DUIT MAK. TAK BOLEH PINJAM. SEKARANG BALIK BILIK DAN TIDUR. MAK LETIH JANGAN KACAU. ANAKANDA JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI, MAK KERJA LEWAT TIAP-TIAP HARI BUKAN UNTUK CARI DUIT DIBAZIRKAN UNTUK BENDA-BENDA BUDAK-BUDAK,” jerit Shahrizat pada anak kecilnya.
Anak kecilnya mata menjadi merah dan berair… terus lari ke bilik dan menutup pintu kesedihan.
Shahrizat duduk berehat dan kemudian pergi membersihkan diri. Emosinya menjadi lebih marah apabila mindanya berfikir: “BIADAP SUNGGUH ANAK AKU INI, DAH BERANI TANYA DUIT DARI MAKNYA.”
Setelah sembahyang Isyak, Shahrizat mula menenangkan diri. Anak kecilnya tak pernah minta duit daripadanya selama ini… mungkin permintaan kali ini ada sebabnya di belakang.
Shahrizat pergi ke bilik anaknya…
“Anakanda dah tidur?” Shahrizat tanya anak kecilnya yang berbaring di katil.
“Tak lagi, mak. Tak dapat tidur,” jawab anaknya.
“Mak tadi mungkin terlebih sikit marah anakanda…” kata Shahrizat… “hari ini mak letih, ofis pula banyak perkara yang berlaku, jadi mak terlepas emosi pada anakanda. Ini duit RM50 yang anakanda minta tadi.”
Anak kecilnya terus senyum dan bangun. “Mak terima kasih. I love you,” anak kecilnya mencium maknya di dahi.
Kemudian anak kecilnya pergi membuka bantalnya dan mengeluarkan duit-duit kecil syiling dan kertas.
Maknya melihat karenah anaknya dan menjadi marah kembali. “ANAKANDA DAH ADA DUIT, MENGAPA NAK MINTA LAGI?” kata Shahrizat dengan nada tinggi.
Anaknya tidak menjawab, dan terus mengira duit yang ada… dan melihat maknya.
“MENGAPA NAK MINTA LAGI?” Shahrizat tanya lagi.
“Kerana anakanda tak cukup duit tadi, sekarang dah cukup. Mak, anakanda dah RM100 sekarang. Boleh anakanda beli satu jam masa mak? Boleh mak pulang awal besok untuk makan malam bersama anakanda dan ayah?” kata anak kecilnya.
Shahrizat tersengam malu, menitis air mata keinsafannya dan memeluk anaknya memohon keampunan.
Peringatan kepada mereka yang bekerja kuat – yang sesekali mengabaikan keluarga dan mereka yang betul-betul dekat di hati kita. Ingat masa RM100 sejam tidak ternilai bila bersama orang tercinta.
Jika kita meninggal besok, tempat kita dapat digantikan dalam masa beberapa jam sahaja – tapi di sanubari setiap mereka yang dekat di hati, mereka akan rasa kehilangan sepanjang masa.
SENYUM. Sebar jika bermanfaat kepada rakan-rakan sekeliling kita yang memerlukan kesedaran ini.