Ali bakal bersara dalam masa tiga bulan lagi. Ali seorang tukang papan yang bagus dan sangat disukainya oleh bosnya. Rumah yang dibina Ali sentiasa mendapat pujian pelanggan…
“Bos, ana nak bersara, nak pergi jalan-jalan dengan isteri dan keluarga lepas ini. Ana berat nak pergi dan sayang gaji ini… tapi sudah samapi masa bersara…” kata Ali kepada bosnya. Bosnya terasa sedih tapi terpaksa melepaskan Ali.
Ali membina rumah itu dengan sambil lewa. Hatinya jelas tiada pada kerja terakhir ini. Barangan mentah Ali sengaja menggunakan yang kurang berkualiti untuk membalas dendam kepada bosnya yang tidak bertimbang rasa.
Sepanjang Ali membina rumah bosnya, bosnya tidak pernah datang melawat untuk memeriksa keadaan rumah.
“Pelik, tapi bagus… saya boleh siap cepat sikit,” bisik Ali sambil meneruskan kerja sambil lewa yang tidak berkualitinya.
“Ini bakal hasil kerja saya yang terburuk sebagai hadiah untuk bos yang tidak bertimbang rasa,” kata Ali sambil tersenyum.
Akhirnya Ali menyiapkan rumahnya dan bosnya datang untuk melihat hasil kerjanya.
Yang pelik bosnya tidak masuk ke rumah apabila tiba di rumah barunya. Bosnya menyuruh Ali keluar.
“Ini kunci. Rumah ini ialah hadiah persaraan untuk anta. Ana pasti anta dah buat yang terbaik untuk ana sebagai hasil kerja terakhir ana,” kata bosnya.
Ali terkejut besar dan terasa malau.
Kalaulah dari awal dia tahu rumah ini adalah untuknya, sudah tentu Ali akan membuatnya secara terbaik. Sekarang dia sendiri yang menghadiahkan ‘hasil kerja terburuknya’ kepada diri sendiri,
Kisah Ali ini banyak berlaku pada kita. Kita membina hidup kita dengan memberikan “reaksi” yang tidak sepatutnya, dan selalu tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan tugas yang diamanahkan.
Kita akan terkejut dengan situasi yang kita ciptakan (hasil terburuk Ali) dan terpaksa hidup dalam situasi rekaan kita (rumah menjadi milik Ali).
Jika kita sedar lebih awal (bahawa rumah itu adalah untuk Ali sendiri), sudah tentu kita akan memberikan yang terbaik.
Berilah yang terbaik walaupun di mana-mana. Kita tidak tahu apa perancangan Allah, jadi buatlah yang terbaik di mana-mana sahaja kerana hidup kita hari ini adalah hasil kerja, sikap dan keputusan yang kita laksana selama ini.
Senyum.
Kisah yang banyak pengajaran nya pada kita…
Howdy, purely has been mindful of your blog post via Search engines, and located it’s really useful. I am very careful pertaining to belgium’s capital. I am going to get pleasure from once you carry on this from now on. A great many other persons will be had good results from a creating. All the best!