Setiap 10 Jam Rakyat Syria Mati Kebuluran

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Satu kajian terbaru yang dilakukan oleh Pertubuhan Hak Asasi Manusia Syria mendapati setiap 10 jam setengah akan terdapat satu kematian dari kalangan rakyat Syria akibat kebuluran.

Manakala setiap 50 minit akan mencatatkan kematian seorang bayi, setiap satu jam 45 minit pula kematian seorang wanita, setiap 10 jam terdapat satu kematian dari kalangan tahanan akibat penderaan teruk dalam lokap sementara setiap 12 minit satu kematian dilaporkan akibat bedilan tentera rejim Syria.

Kajian tersebut dilakukan oleh lebih 60 orang aktivis bagi mengkaji kehidupan, kesihatan dan makanan di sebahagian kawasan yang di luar penguasaan rejim dalam tempoh 15 hingga 28 September sahaja.

Kajian berkenaan merangkumi kajian mangsa korban yang kebanyakan terdiri dari rakyat awam dengan menyenaraikan nama-nama mangsa, tempat dan sebab kematian.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Kajian tersebut turut mengkritik laporan yang disediakan oleh sebuah pusat kajian antarabangsa di Britain yang melaporkan lebih 11,000 warga asing berada di Syria membantu pembangkang Syria sedangkan ia menafikan bantuan ketenteraan yang diterima oleh askar rejim.

Sebagai contoh, bilangan tentera Hizbullah dari Selatan Lubnan berjumlah 11,000 orang yang jumlah ini tidak termasuk ribuan militia bersenjata di bawah seliaan Syiah yang dibawa masuk dari Iraq, Pakistan, Afghanistan hingga Korea Utara selain militia dari negara Russia.

Bayangkan jika Presiden Mursi berada di tampuk kuasa, tentu sekali ketika ini rakyat Syria akan dibantunya selain bantuan lain yang akan dihulurkan oleh Ikhwan Muslimin serta pertubuhan-pertubuhan Islam dan masyarakat lain yang prihatin.

Rindukan suara tegas dan tindakan Mursi yang keras berdepan dengan rejim Basyar..Ya ALLAH! Selamatkan saudara kami.

 

SUMBER :
Ikhwanonline.Com
Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *