Turun Ke Dataran Mesir Merupakan “Fardhu Ain”

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Dr. Yusof Al-Qaradawy : Turun Di Dataran-Dataran Mesir Merupakan “Fardhu Ain”

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Prof. Dr.Yusuf Qaradhawi berpandangan, penyertaan setiap penyokong Presiden Mursi di dataran Raba’ah dan Nahdhah serta di seluruh negara merupakan “fardhu ain bagi setiap muslim.”Berucap kepada rakyat Mesir melalui “Al-Jazeera Mubasher Misr” semalam bersempena memperingati “Lailatul Qadr“, beliau berkata :,

“Meramaikan bilangan mereka yang turun di Raba’ah dan Nahdhah merupakan fardhu ain bagi setiap muslim bagi memelihara sebarang bahaya yang bakal menimpa.”

Dr Yusof Al-Qaradawy

“Mesej saya buat kepada seluruh rakyat Mesir supaya keluar dari rumah masing-masing bagi menyertai saudara mereka dan jangan malas kecuali mereka yang mempunyai keuzuran. Kerana penyertaan mereka akan menjadikan krisis ini berakhir.”

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Beliau juga menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya keluar berdoa pada malam ini untuk saudara mereka di Mesir, Syria, Tunisia, Palestin, Libya dan di setiap tempat.”

Beliau menegaskan, “Tidak harus seseorang membatalkan kehendak manusia, pilihan melalui peti undi kerana ia hanya boleh diubah juga melalui peti undi.”

Sebelum ini, Naib Presiden Hal Ehwal Ulamak bagi Hak dan Kebebasan, Dr.Mohammed Abdul Maqsud berpandangan, turun ke dataran Raba’ah merupakan ” kefardhuan jihad” dan ia lebih aula berbanding iktikaf di masjid-masjid dan menunaikan umrah kerana amalan ini sunat. Maka, mendahului perkara yang wajib berbanding perkara sunat.

“Saya sendiri telah membatalkan niat untuk menunaikan ibadat umrah tahun ini ekoran kemelut yang melanda sekarang dan bersama-sama kalian di dataran ini,” demikian tegas Syeikh Abdul Maqsud di hadapan ribuan rakyat di dataran Raba’ah.

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu republik Arab Mesir
www.ikhwanonline.com

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *