Tuntutan Himpunan Jutaan Rakyat Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Semalam helikopter milik tentera telah menggugurkan risalah buat kali ketiga selepas rampasan kuasa kepada rakyat di dataran Raba’ah. Kandungan risalah tersebut antara lain meminta agar rakyat tidak menghalang lalulintas, menyeru kepada keganasan atau kemarahan yang boleh menggugat keamanan.

Risalah yang mengandungi amaran yang digugurkan oleh helikopter tentera menjelang awal Subuh hari ini di dataran Raba’ah dan Nahdhah sedikitpun tidak mengubah pendirian rakyat yang menuntut hak mereka di negara tersebut.

Askar menggugurkan risalah yang meminta mereka mengosongkan dataran atau jika menghendaki berhimpun dinasihatkan agar tidak mendekati kawasan serta bangunan milik tentera.

Dr.Mohammed Beltaji, AJK FJP Pusat yang mengulas di pentas utama Raba’ah sebaik sahaja risalah itu diterima berkata, mereka akan hanya mengosongkan dataran dengan empat syarat :

  1. Mursi dikembalikan dengan semua kuasa beliau selaku Presiden
  2. Perlembagaan 2012 dikuatkuasakan semula kerana ia telah diadakan pungutan suara dan rakyat menerimanya.
  3. Dikembalikan Dewan Senat yang dibubarkan beberapa hari lalu.
  4. Abdul Fattah Sisi dipecat dari Menteri Pertahanan.

Sementara anggota Jamaah Islamiyah, Asem Abdul Majid yang turut berucap berkata, mereka akan terus berada di dataran kerana undi mereka buat Mursi yang berjumlah hampir 13 juta dalam pilihanraya Presiden lepas tidak akan hilang dengan sia-sia.

Manakala Dr.Abdul Rahman Al-Barr, Dekan Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar berkata, mereka dan penyokong Mursi senantiasa mengadakan himpunan secara aman dan menjaga kepentingan serta bangunan milik tentera dari di’sentuh’.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Dr.Sofwat Hijazi

“Kami Sedia Sambut Hari Raya Disini”– Dr.Sofwat Hijazi

Dr.Sofwat Hijazi dari pentas utama dataran Raba’ah sebentar tadi: “Mereka bertanya kita apa yang anda akan lakukan jika askar tidak mengendahkan tuntutan kamu?Kita jawab:

  1. Kami akan kekal berterusan di sini dan dataran-dataran sehingga kembali Presiden Mursi atau kami bersedia untuk mati.
  2. Kami akan bersiap untuk menyambut hari raya di sini.
  3. Sebahagian muslimat semalam datang mencadangkan untuk membawa ketuhar bagi menyiapkan biskut dan kuih hari raya di dataran.
  4. Kami akan terus menekan dengan cara yang aman. Kami sama sekali tidak akan mengangkat senjata berhadapan dengan tentera sekalipun kami dibunuh. Kita akan menjadi hamba Allah yang sedia dibunuh, bukan hamba-Nya yang membunuh.
  5. Kami akan gunakan semaksimum mungkin cara untuk menekan. Kami juga mampu untuk mengadakan mogok dan mengepung pejabat-pejabat kerajaan akan tetapi kami tidak akan melakukannya kerana ia mengganggu kehidupan orang ramai.

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

1 thought on “Tuntutan Himpunan Jutaan Rakyat Mesir”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *