Halaman berita negara-negara Arab hari ini masih hangat membicarakan pembunuhan menyayat hati yang dilakukan oleh askar rejim Basyar beserta talibarut upahan mereka di “Ertouz Al-Fadhl” apabila ratusan mayat ditemui bergelimpangan sehari selepas operasi penyembelihan berlaku…
Jumlah tepat angka korban sehingga kini dilaporkan mencecah 566 orang, 483 orang daripadanya kalangan wanita dan kanak-kanak.
Paling menyedihkan, mereka bukan sahaja ditembak beramai-ramai, terdapat kesan kelar di leher mereka yang disembelih dengan pisau serta terdapat mayat yang hangus akibat dibakar hidup-hidup.
Kumpulan pembangkang mendakwa, pembunuhan Ahad lalu merupakan jenayah terbesar yang dilakukan rejim sejak tercetus revolusi 2 tahun lalu.
Jaringan Hak Asasi Manusia Syria pula mendakwa askar rejim dan tentera Hizbullah bertanggungjawab kerana usaha mereka bagi menguasai beberapa kawasan yang dikuasai oleh Tentera Pembebasan Syria sebelum ini.
Halaman “Berita Syam” melaporkan, hampir 100 mayat ditemui dalam sebuah perkuburan dan pengumpulan mayat-mayat penduduk masih diteruskan.
Sementara itu, di wilayah Idlib juga dilaporkan 14 penduduk awam terbunuh, 5 daripadanya adalah kanak-kanak apabila sebuah bom digugurkan mengena sebuah sekolah “Sekolah Rendah As-Syahid Ali El-Khatib”.
SUMBER :
Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria
al fatihah.. pada berjuang utk kejayaan dan akhirat. mereka2 memang kejam bukan hak dia pun nak kan juga mmg gila kuasa hu…
berit aini mesti kecoh kt fb hurm sy tka done nak buka sb TM maslh prob lagi hua..
moga keluarga mrka sabar dan tabah selalu.
pst..good luck utk amik exam 🙂 moga di lapangkan semua pkra utk mengingat
ada khabar tentang menggunaan senjata kimia di sana
sungguh sedih
kesedihan selubungi bumi islam..
Masyallah.. ya Allah kau selamatkan lah bumu syria..
memang sedih bumi syria ni..
harap dijauhkan
alfatihah untu sudara islam kita yang terkorban
Ya Allah rahmati para shuhada yg tlh gugur shahid lindungilah para
pejuang yg memerangi puak dajjal dDan hancurkanlah mereka2
yg memusuhi Islam…..AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.
YA ALLAH YA TUHANKU SELAMATKANLAH SAUDARA SAUDARA ISLAM KAMI DI SYRIA DARI KEKEJAMAN DAN KEZALIMAN LAKNATULLAH DAN DAJAL REGIM BASHAR DAN SEKUTUNYA.HANCURKANLAH DAJAL LAKNATULLAH INI SERTA MERTA YA ALLAH.MARILAH KITA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA MEMBANTU SEDAYA MUNGKIN MEREKA YG DIZALIMI INI DAN AL FATIHAH UNTUK SYUHADA YG GUGUR DI BUMI SYRIA KERANA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN SERTA KESUCIAN AGAMA ISLAM DI SANA.AMIN YARABBALALLAMIN.