Rabu, 21 Ogos 2013. Tentera Rejim Syiah Assad mengganas dengan menggugurkan bom kimia di Zamallaka dan di kawasan Al Zainia di Ein Turma. Daerah Jobar telah terjejas teruk oleh kerana gas yang dibawa oleh angin. Sebilangan besar orang awam juga terdedah kepada gas, yang membawa kepada ribuan mereka syahid.
Antara gejala yang dialami oleh pesakit termasuk rasa loya, halusinasi, sesak nafas, batuk, tekanan darah tinggi, sawan dan lain-lain. Senjata kimia / gas toksik yang telah digunakan oleh tentera rejim Syiah Assad mensasarkan orang awam yang tidak berdosa.
Rakaman Video Serangan Senjata Kimia Terburuk Di Syria Klik Di Sini : FB Dunia Islam Kini
Ramai keluarga telah melarikan diri dari kawasan yang disasarkan di Saqba dan beberapa kawasan lain yang berdekatan seperti yang dilaporkan oleh aktivis di sana kerana mereka telah benar-benar terkejut dan ketakutan.
Aktivis juga melaporkan kekurangan ubat jenis Atropine yang biasanya digunakan untuk merawat orang awam semasa serangan kimia oleh rejim, Tangki oksige juga susah untuk didapati. Para doktor hanya menggunakan cuka atau air untuk mangsa serangan tersebut.
Lelaki, wanita dan kanak-kanak terbaring di katil dalam keadaan sempurna dan kelihatan begitu aman mungkin mereka sedang tidur, demikian ujar seorang fikir saksi, Abu Nidal.
Beliau adalah salah seorang daripada banyak saksi serangan besar-besaran di pinggir bandar timur Dimasyq yang menurut aktivis telah membunuh 2200 orang pada pagi Rabu. Mereka mendakwa bahawa beberapa bom telah dimuatkan dengan bahan kimia dan merupakan serangan kimia yang paling teruk sejak konflik dua tahun Syria bermula.
“Kami pergi dari rumah ke rumah dan segala-galanya masih berada di tempatnya, setiap orang berada di tempat mereka. Mereka terbaring di mana mereka berada. Mereka kelihatan seperti sedang tidur. Tetapi mereka sebenarnya telah mati,” katanya kepada Reuters melalui Skype dari pinggir bandar Erbin.
26 butir senjata kimia telah digunakan pada awal waktu semalam di kawasan lapang Damascus. Jumlah kematian keseluruhan lebih 2200 orang terkorban.
“Semoga kita tidak tergolong dalam golongan umat yang tidak dipandang oleh Rasululllah di akhirat kelak gara-gara tidak mempedulikan nasib umat Islam dan cintakan dunia”
SUMBER :
Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria
Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria