Sempena Ulangtahun Revolusi Ke-61 Negara Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Mesir hari ini memperingati sambutan kejayaan Revolusi 23 Julai pada tahun 1953 dan semenjak itu, ia dijadikan cuti rasmi bagi negara.

Kejayaan revolusi itu menjadi detik bersejarah Mesir yang telah bertukar sistem kepada negara republik yang menyaksikan kerjasama erat antara rakyat dan tentera sebagai punca sebab kejayaan revolusi ini.

Majlis Pimpinan Revolusi yang diasaskan sebaik saja penubuhan Republik Arab Mesir diketuai oleh Ketua Turus Angkatan Tentera waktu itu, Jeneral Mohammed Najib. Beliau telah dilantik sebagai Presiden pertama negara pada 18 Jun 1953. Hasrat Najib ialah untuk mengembalikan pemerintahan kepada rakyat iaitu melalui pilihanraya Presiden secepat mungkin.

Malangnya, niat murni Najib tidak dipersetujui oleh anggota-anggota majlis yang lain terutama Jamal Abdul Nasser. Apatah lagi Najib dilihat terlalu terbuka dan rapat dengan Ikhwan Muslimin tetapi ia dilakukan atas dasar kebebasan yang menjadi matlamat revolusi. Najib sendiri menghadiri majlis memperingati pembunuhan Imam Hasan Al-Banna dan beliau dilihat mengesat air mata ketika hikayat hidup Imam Al-Banna diceritakan oleh anak Imam Al-Banna.

Jeneral Mohammed Najib

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Jamal Abdul Nasser kemudian merancang komplot paling jahat bertujuan menggulingkan Najib. Akhirnya Najib ditangkap dan digulingkan pada 14 November 1954. Beliau kemudian dikenakan tahanan rumah dan menghabiskan saki-baki umur di dalam bilik rumah beliau dengan hanya ditemani seekor anjing peliharaannya sehingga menghembuskan nafas terakhir pada 28 Ogos 1984. Layanan yang tidak sepatutnya diterima oleh seorang negarawan tetapi diperlakukan demikian kerana Najib seorang pemimpin yang ikhlas dan sayangkan negara.

Abdul Nasser kemudian menerajui negara dengan pelbagai kerosakan dan serangan ‘perang’ bagi Ikhwan serta kumpulan Islam lain. Mesir sejak itu menyaksikan Presiden ‘diwarisi’ dan dilantik dari kalangan tentera dan tidak pernah diadakan Pilihanraya Presiden.

Sehingga tercetusnya Revolusi 25 Januari 2011 dan Pilihanraya pertama bagi Presiden Mesir dalam sejarah negara diadakan. Seorang Presiden dari gerakan Islam yang ditindas puluhan tahun, seorang rakyat awam yang menang melalui pilihanraya yang telus dan adil telah ditabalkan oleh rakyat pada 30 Jun 2012 bernama Muhammad Mursi.

Bersempena ulangtahun ke-61 revolusi 23 Julai, tahniah diucapkan buat Presiden Mesir yang sah, Dr.Mursi. Juga rahmat Allah dipohon buat roh Allahyarham Jeneral Mohammed Najib yang menjadi mangsa kerakusan pemerintah zalim.

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *