Sejarah Hidup Nabi Muhammad S.A.W

Kewajipan bagi umat Islam mengetahui akan sejarah hidup Nabi Muhammad SAW .Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul yang terakhir. Tiada nabi atau rasul selepasnya. Sesiapa yang mengaku dirinya diangkat menjadi nabi selepas Nabi Muhammad SAW, walaupun dia melaksanakan syariat Baginda SAW sekalipun, maka dia itu pembohong dan wajib diperangi..

a. Dilahirkan di Mekah
b. Diangkat menjadi Rasul pada usia 40 tahun
c. Menerima wahyu daripada Allah selama 23 tahun berturut-turut
d. Berpindah ke Madinah setelah 13 tahun di Mekah
e. Wafat pada usia 63 tahun di Madinah
f. Dikembumikan di lingkungan Masjid Nabi dan umat Islam dibenarkan menziarahinya
g. Bukan malaikat atau makhluk lain. Baginda SAW makan, minum dan berkahwin seperti manusia biasa
h. Seperti manusia biasa, tetapi rohani dan jasmaninya adalah luar biasa. Oleh itu, wahyu tersebut diturunkan kepadanya. Sekiranya wahyu diturunkan kepada bukit, sudah pasti ia akan lebur
i. Adalah makhluk Allah SWT yang paling mulia

 

Keturunan Nabi Muhammad SAW di sebelah ayah seperti berikut :

a. Muhammad bin Abdullah
b. Abdullah bin Abdul Muthalib
c. Abdul Muthalib bin Hasyim
d. Hasyim bin Abdul Manaf
e. Abdul Manaf bin Qushai
f. Qushai bin Kilab
g. Kilab bin Marrah
h. Marrah bin Ka’ab
i. Ka’ab bin Lu’ai
j. Lu’ai bin Galib
k. Galib bih Fihir
l. Fihir bin Malik
m. Malik bin Nadhar
n. Nadhar bin Kinanah
o. Kinanah bin Khuzaimah
p. Khuzaimah bin Mudrikah
q. Mudrikah bin Ilyas
r. Ilyas bin Mudhar
s. Mudhar bin Ma’ad
t. Ma’ad bin Adnan

 

Keturunan Baginda SAW di sebelah ibu pula seperti berikut :

a. Muhammad bin Aminah
b. Aminah binti Wahab
c. Wahab bin Abdul Manaf
d. Abdul Manaf bin Zahrah
e. Zahrah bin Kilab (bersambung dengan keturunan ayah Baginda SAW)

 

Isteri-Isteri Baginda SAW ketika hidupnya ialah :

a. Khadijah binti Khuwailid
b. Aisyah binti Abu Bakar
c. Hafsah binti Umar
d. Ummu Salamah binti Abi Umayyah
e. Ummu Habibah binti Abi Sufian
f. Saudah binti Zam’ah
g. Zainab binti Jahsy
h. Zainab binti Khuzaimah
i. Maimunah binti Harits
j. Juwairiah binti Harits
k. Safiyyah binti Hayy

 

Anak-anak Baginda SAW seperti berikut :

a. Zainab
b. Ruqayyah
c. Ummu Kalsum
d. Siti Fatimah
e. Qasim
f. Abdullah
g. Ibrahim

 

*Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk semua makhluk, tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama.

*Nabi Muhammad SAW naik ke langit ketika peristiwa mikraj, melalui Baitul Muqaddis pada 27 Rejab dan kembali ke dunia pada malam yang sama dengan membawa perintah untuk mendirikan solat fardhu 5 waktu. Baginda SAW mikraj dengan tubuh dan rohnya.

*Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang pertama diangkat menjadi nabi, ketika itu jasad Nabi Adam AS masih terbaring di dalam syurga masih belum dimasukkan nyawa. Oleh sebab itulah Baginda SAW adalah Nabi yang mula-mula diangkat menjadi Nabi dan paling terakhir sekali lahir ke dunia.

*Nabi Muhammad SAW mampu memberi syafaat kepada seluruh manusia dengan izin Allah SWT. Antaranya mempermudahkan perhitungan di Padang Mahsyar.

* Setelah kewafatan Baginda SAW, digantikan oleh Saidina Abu Bakar RA, kemudian Saidina Umar al Khattab, Saidina Uthman al Affan dan yang keempat ialah Saidina Ali KAW. Keempat-empat khalifah ini digelar Khulafa’ ar Rasyidin.

 

kewajipan bagi umat Islam meyakini dan berpegang bahawa makhluk yang mulia mengikut tertib berikut :

a. Nabi Muhammad SAW
b. Rasul Ulul Azmi
c. Rasul-rasul lain
d. Ketua Para Malaikat
e. Malaikat-malaikat lain
f. Dan berikutnya

 

Wajib meyakini dan berpegang, bahawa sahabat Baginda SAW yang paling mulia mengikut tertib berikut :

a. Khulafa’ ar Rasyidin mengikut tertib

b. 6 orang yang dijanjikan syurga (selain Khulafa’ ar Rasyidin), iaitu
i. Talhah bin Ubaidillah
ii. Zubair al Awwam
iii. Abdur Rahman bin Auf
iv. Sa’ad bin Abi Waqqas
v. Sa’id bin Zaid
vi. Abu Ubaidah al Jarrah

c. Sahabat Baginda SAW yang menyertai Perang Badar

d. Sahabat Baginda SAW yang menyertai Perang Uhud

e. Sahabat Baginda SAW yang menyertai Perjanjian ar Ridhwan

f. Sahabat-sahabat Baginda SAW yang lain

 

->>Khilaf di antara sesama sahabat dilihat mengikut pandangan yang positif dan tidak perlu dipanjang lebarkan. Masing-masing berijtihad dengan pandangan masing-masing, dan masing-masing mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

->> Ahli Keluarga Baginda SAW bersih dari sebarang fitnah dan tuduhan yang dilemparkan. Itu semua adalah fitnah yang direka-reka. Khususnya Saidatina Aisyah yang difitnah ketika peristiwa Hadis Ifki.

->>Kenabian atau kerasulan adalah kurnia daripada Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Ia tidak boleh diusahakan untuk mendapatkannya, walaupun dengan melakukan pelbagai amalan.

->>Nabi dan Rasul dikurniakan mukjizat, iaitu perbuatan yang bercanggah dengan hukum adat yang tidak mampu dilakukan oleh manusia. Contohnya :

a. Nabi Ibrahim AS tidak terbakar oleh api
b. Nabi Isa AS dapat menghidupkan orang yang telah mati
c. Nabi Muhammad SAW dikurniakan al Quran yang tidak mampu ditandingi atau direka-reka

->>Berpegang dan yakin bahawa terdapatnya keramat, yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada wali-wali dan ulama-ulamaNya. Contohnya :
a. Makanan datang dengan sendiri kepada Maryam
b. Ashabul Kahfi tertidur selama 309 tahun tanpa sebarang kerosakan pada badan mereka

 

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

SUMBER : Kitab Jauharah Tauhid

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *