Revolusi IRAQ

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

iraq kini

ANGIN REVOLUSI SAMPAI KE IRAQ ?
Meneliti kebelakangan ini, angin perubahan sedang bertiup di negara Iraq. Sejak tiga hari yang lalu, bandar-bandar utama yang didiami oleh penganut Sunni seperti Ar-Rimad dan Anbar menyaksikan ratusan ribu rakyat keluar sebagai membantah politik kotor, zalim dan ganas Perdana Menteri Iraq, Nuri Maliki.

Di Anbar, Iraq 26 Disember 2012 telah diadakan satu perhimpunan lebih 200 ribu Sunni Iraq yang mengecam pentadbiran zalim Maliki. Perhimpunan yang menyeru umat Islam di Iraq agar bersatu dan bangkit untuk membela nasib mereka yang semakin ditekan oleh rejim Maliki.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Nasib saudara-saudara mereka yang kini ditahan di penjara-penjara seluruh Iraq oleh rejim Iraq yang semakin teruk sejak 2 tahun kebelakangan ini. Ratusan ribu datang memenuhi ‘Dataran Karamah’ dan melaungkan slogan anti rejim Maliki.

Perhimpunan tersebut digerakkan oleh ulama’-ulama’ dari Anbar dan beberapa wilayah di Iraq. Selain itu, antara gerakan utama yang mendukung perjuangan jihad di Iraq sekarang adalah kumpulan Tariqat Naqshabandi pimpinan seorang ulamak berketurunan Rasulullah, Syaikh Abu Abdullah Syarafuddin.

Walaupun terdapat pendapat revolusi ini tiada kaitan sentimen “sunni-syiah” tetapi bantahan mereka terhadap kerajaan Iraq yang memenjarakan aktivis-aktivis Islam negara itu khasnya dari golongan Sunni. Mereka bukan sahaja dipenjara bahkan diseksa dan didera dengan teruk. Lebih 1,000 pemuda Sunni menanti hukuman mati dalam penjara Baghdad atas dakwaan palsu terlibat dengan kegiatan “pengganas”.

 

Semoga Allah membantu saudara kita di IRAQ menumbangkan kerajaan Maliki yang zalim, yang hanya sebagai boneka Amerika dan Israel.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *