Referendum Draf Perlembagaan Baru MESIR

mesir kini

Sabtu (15 Disember 2012). 
Bermulanya proses pungutan suara rakyat Mesir Peringkat Pertama yang melibatkan 25 juta pemilih di 10 wilayah iaitu Kaherah, Iskandariah, Gharbiyah, Syarqiyah, Daqahliyah, Asyut, Suhaj, Aswan, Utara dan Selatan Sinai.
Berdasarkan rekod wilayah Kaherah merupakan pemilih tertinggi iaitu seramai (6 juta 580 ribu) pemilih dan Iskandariah (3 juta 348 ribu).

Peringkat Kedua pada hari Sabtu berikutnya, (22 Disember 2012).
Wilayah-wilayah yang terlibat ialah Giza, Qalyubiyah, Menufiyah, Buhaira, Kafr Sheikh, Dumyat, Ismailiyyah, Port Said, Suez, Matruh, Bahrul Ahmar, Wadi Al-Jadid, Bani Suwef, Fayyum, El-Menia, Luxor dan Qina.

Seramai 25,495,237 pemilih yang berdaftar akan keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing kepada negara mereka dalam pungutan suara peringkat kedua yang melibatkan 17 wilayah sebaik saja pusat mengundi dibuka jam 8 pagi.

Wilayah yang terlibat ialah Giza, Buhaira, El-Menia, Qalyubiyah, Menufiyah, Kafr Sheikh, Qina, Fayyum, Bani Suwef, Dumyat, Ismailiyyah, Luxor, Port Said, Suez, Bahrul Ahmar, Matruh dan Wadi Al-Jadid.

Seramai 7,291 orang hakim dilantik untuk menyelia proses pungutan suara selain 2,500 lagi sebagai hakim tambahan yang akan bertugas di 6,724 pusat pengundian.

Wilayah Giza mencatatkan pemilih paling ramai iaitu 4,383,701 pemilih diikuti Buhaira (3,276,930) sementara wilayah Wadi Al-Jadid mencatatkan pemilih berdaftar paling rendah iaitu seramai 143,584 orang.

 

{KEPUTUSAN AKHIR REFERENDUM BAGI DRAF PERLEMBAGAAN BARU MESIR}

Peringkat 1 : 57% (Setuju), 43% (Tidak Setuju)
Peringkat 2 : 71% (Setuju), 29% (Tidak Setuju)
Luar Negara : 68% (Setuju), 32% (Tidak Setuju)

Keputusan Keseluruhan :
Setuju: 10,655,332 (64%)
Tidak Setuju: 6,029,617 (36%)

Presiden Dr.Mursi menandatangani dekri penguatkuasaan Perlembagaan Mesir yang baru selepas keputusan referendum rasmi yang diumumkan menyaksikan majoriti rakyat bersetuju.

Perkara yang secara langsung berlaku sebaik sahaja keputusan rasmi pungutan suara tadi:

1) Terbatal semua dekri-dekri terdahulu sama ada dari Majlis Tentera atau Presiden

2) Anggota Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan akan berkurang daripada 19 kepada 11 orang sahaja.

3) Kuasa perundangan akan berpindah dari tangan Presiden kepada Dewan Senat sementara sehingga terbentuknya Parlimen baru.

4) Pilihanraya Parlimen akan datang dibentuk melalui dua sistem; iaitu sistem “senarai parti” (diwakili dua pertiga anggota) dan “individu” (satu pertiga).

 

-Sekarang negara Mesir akan masuk fasa yang ketiga iaitu pilihanraya Parlimen (legaslatif) selepas 60 hari perlembagaan ini diwartakan.

” Tahniah Mesir..Menuju Negara Demokratik, Perlembagaan yang menjaga kebajikan rakyat dan negara… “

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *