Pungutan Suara Protes Amerika Serang Al-Qaeda

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Sanaa’ – Sidang Parlimen Yaman telah memutuskan untuk mengadakan undian bagi memprotes rancangan pihak tentera Amerika Syarikat untuk menyerang Al-Qaeda. Akan tetapi, pihak Parlimen sebenarnya mempunyai kuasa yang terhad dan perbincangan yang telah dilaksanakan peringkat mereka seolah tidak memberi kesan dan ancaman kepada Washington untuk menghapuskan Al-Qaeda.

Parlimen Yaman yang dikuasai oleh ahli parti Islah yang merupakan parti Presiden yang telah digulingkan iaitu Ali Abdullah Saleh telah mengadakan undian bagi mengumpul suara untuk protes tersebut pada hari ahad lalu. Ahli Parlimen mengatakan bahawa undi peringkat mereka merupakan salah satu jalan singkat tetapi masih sah disisi undang-undang.

Tindakan tersebut dilaksanakan sehari setelah berlakuya serangan yang mana telah menyebabkan hampir 17 orang terbunuh, walaupun mereka mensasarkan kepada anggota Al-Qaeda namun kebanyakan mangsa adalah orang awam. Kejadian tersebut sekaligus menyebabkan ketidakpuasan hati dan kemarahan masyarakat tempatan.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

“Parlimen seolah-olah memberi arahan dalaman kepada pihak berkuasa, perkara itu menyebabkan hilangnya kepercayaan rakyat kepada para penguasa.” demikian kata-kata penganalisis politik Abdulbari Tahar.

Seorang pegawai politik Yaman yang tidak mahu dikenali telah mengatakan bahawa undi yang dilaksanakan seakan menjadi satu “cabaran “ kepada Presiden Abdul Rabbo Mansor Hadi yang mengambil alih jawatan tersebut apabila Saleh berundur pada tahun 2012 iaitu semasa berlakunya protes besar-besaran rakyat yang tidak berpuas hati dengan tempoh pemerintahannya selama 33 tahun.

“Undi ini merupakan satu cubaan oleh pengikut bekas presiden untuk memberikan tekanan kepada Abdul Rabbo Mansor Hadi Hadi,” Tambah pegawai berkenaan. “Seolah-olah ia menjadi cabaran kepada Abdul Rabbo Mansor Hadi sendiri, kerana beliau salah seorang yang mempertahankan dan berusaha untuk mengatasi serangan Washington ke atas Al -Qaeda.

“Sedangkan kerajaan sebenarnya mampu sahaja untuk mengabaikan undian ini tanpa memberi apa-apa kesan yang perlu dibimbangkan,” kata pegawai tersebut.

 

SUMBER :
Arab News
We Care 4 Islam
map2care.blogspot.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *