Pungutan Suara Draf Perlembagaan Kerajaan Kudeta Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Hari Ini, 8 Januari 2014 bermulanya proses pungutan suara bagi draf Perlembagaan versi kudeta bagi rakyat Mesir yang berada di luar negara. Proses ini akan mengambil masa lima hari yang akan berakhir pada hari Ahad, 12 Januari 2014 sebelum rakyat Mesir di dalam negara tersebut pula membuang undi pada dua hari iaitu 14 dan 15 Januari ini sama ada bersetuju ataupun tidak terhadap draf rekaan 50 orang jawatankuasa yang dilantik oleh kudeta selepas rampasan kuasa yang sekaligus memansuhkan Perlembagaan 2012 yang diluluskan di zaman Presiden Mursi.

Sesetengah pemerhati politik berpandangan, pungutan suara ini menjadi antara faktor kenapa perbicaraan mahkamah Presiden Mursi semalam ditangguhkan. Ini kerana kebimbangan perbicaraan Mursi akan mengganggu kempen mereka untuk menjayakan pungutan suara ini.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Ini kerana Ikhwan Muslimin yang mengetuai pakatan lebih 15 buah parti politik dan pertubuhan yang dinamakan “Gabungan Kerjasama Kebangsaan Menentang Rampasan Kuasa” sebelum ini mengumumkan untuk memboikotnya. Kemudian ia dikuatkan lagi dengan pandangan para ulamak Mesir yang meminta rakyat Mesir turut memboikot walaupun untuk turun mengundi “Tidak Bersetuju” terhadap draf tersebut.

Menurut rekod, jumlah pengundi berdaftar seramai 53,377,000 orang berbanding 51,919,000 pada pungutan suara tahun 2012 waktu pemerintahan Presiden Mursi.

 

SUMBER :
Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *