Letusan Gunung Berapi Di Indonesia

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Gunung berapi Sinabung melepaskan abu semasa suatu letusan berdekatan Karo, Sumatera Utara pada 8 Januari 2014. Gunung Sinabung telah meletus berbulan-bulan lamanya dan telah melepaskan letusan berabu sebanyak 30 kali pada 4 Januari. Ini memaksa pemindahan lebih 20,000 orang

Gunung Sinabung telah meletus sekali-sekala sejak September, melepaskan abu di Sumatra Utara, Indonesia. Gunung Sinabung melepaskan abu ke udara semasa letusan di Sumatera Utara pada 7 Januari 2014. Gunung Sinabung mengeluarkan lava panas di Jeraya, Sumatera Utara, Indonesia, pada 5 Januari 2014.

PADA bulan Ogos 1883, dunia dikejutkan dengan letupan Gunung Berapi Krakatau yang terletak di Selat Sunda, Indonesia. Kejadian bencana alam yang dianggap antara paling buruk dalam sejarah dunia itu telah mengorbankan 36,380 orang.

2 1

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Selain itu, debu akibat letupan gunung tersebut boleh didapati sejauh 5,330 kilometer. Kini Indonesia diancam lagi apabila gunung-gunung berapi yang berada di dalam Lingkaran Api Pasifik mula menunjukkan tanda-tanda akan menggegarkan negara yang mempunyai 220 juta penduduk itu.

Di Indonesia terdapat sekitar 500 gunung, daripada jumlah itu 129 buah adalah gunung berapi aktif yang bila-bila masa sahaja boleh meletup.

4

Jumlah 129 buah gunung berapi tersebut telah meletakkan Indonesia merupakan satu-satunya negara yang `menguasai’ 15 peratus daripada keseluruhan gunung berapi aktif di dunia.

Apa yang membimbangkan, daripada 129 gunung berapi itu sebahagian besarnya terletak di kepulauan Jawa – pulau yang mempunyai penduduk paling padat di Indonesia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *