Kenyataan Pembantu Hal Ehwal Politik Presiden Mursi, Bakinam Asy-Syarqawi :
Antara Punca utama di sebalik rampasan kuasa yang berlaku ke atas Presiden adalah disebabkan langkah-langkah awal yang beliau ambil dalam usaha mengembalikan kedaulatan dan kesucian Kabinet Negara :
1. Menghentikan khidmat 6000 hakim yang berumur melebihi 60 tahun dan turut campur tangan dalam pengurusan bajet Kementerian Kehakiman secara berlebihan untuk memberikan nafas baru terhadap badan kehakiman awam. Demi merealisasikan usaha tersebut, beliau telah memilih seramai 12000 graduan perundangan yang berkelayakan.
2. Memutuskan Persaraan Awal ke atas 5000 petugas keselamatan yang berpangkat kolonel dan penjawat atasan polis serta menubuhkan suruhanjaya baru di Kementerian Dalam Negeri untuk mengkaji dan menyemak semula tempoh perkhidmatan mereka.
3. Membatalkan permohonan semua pendaftar yang berisiko dalam semua bidang kenegaraan bergantung kepada keadaan semasa serta keizinan daripada Pendakwaraya yang akan bermula pada 10 Ogos 2013.
“Ini merupakan peluang kepada seluruh rakyat untuk memulakan kehidupan yang baru tanpa diperalat dalam kegiatan-kegiatan samseng oleh para pimpinan negeri dan parti negara yang terlibat dengan aktiviti rasuah.”
Selain itu, ia juga diantara keputusan yang bakal dilaksanakan selepas mendapat persetujuan dan tandatangan daripada Presiden Mesir.
‘Pencapaian’ Perampas Kuasa Rakyat Dalam Tempoh Dua Hari
1) Menggulingkan seorang Presiden dalam pilihanraya pertama pertama yang disertai oleh 26 juta pengundi yang telus dan menggantikannya dengan seorang yang tidak dikenali iaitu Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagan, Adli Mansour.
2) Membatalkan Perlembagaan yang telah disertai oleh 18 juta rakyat.
3) Membubarkan Dewan Senat yang dipilih oleh 8 juta pengundi.
4) Menutup 27 buah stesen televisyen dan sebahagian terbitan akhbar.
5) Membunuh 53 orang penyokong Presiden Mursi di seluruh Mesir hingga semalam dan mencederakan lebih 5,000 yang lain.
6) Melarang khatib-khatib yang terdiri dari aliran Islam seperti Syeikh Muhammad Hasan menyampaikan khutbah.
7) Menangkap 28 orang pemimpin parti-parti Islam (termasuk Ikhwan Muslimin) dan menyenaraikan 500 orang yang lain dalam “senarai larangan musafir ke luar negara”.
“يا الله احفظهم وبارك فيهم وانصرهم”
SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
salam pagi dari malaysia..
sah2 admin pecinta bumi mesir heee..
Dengan tertahannya Mohd Mursi maka…Syair2 Islam di mesir semakin mengecil…sbb jeneral Adli Mansour adalah pro Israel. Masya Allah…Islam semakin terhakis…akibat syaitan2 durjana di bumi Israel.
Salam tuan,
kagum dgn perkongsian dlm urusan dan isu semasa yg melibatkan umat islam.
Mohon share jika ada artikel berkaitan dgn diberitahu seumbernya dari pihak tuan.
Thanks.