Penyembelihan Terbaru di Perkampungan “El-Baidha”

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Penyembelihan di perkampungan Sunni El-Baidha di Baniyas yang membunuh sehingga mencecah lebih 1000 penduduk. 

Angka awalnya dilaporkan seramai 132 kematian, dari kalangan mereka 23 orang wanita dan 20 orang lagi kanak-kanak, antara mangsa mereka seawal usia 3 tahun. 

El-Baidha

Bagaimanapun jumlah ini sebenarnya dibunuh serentak di padang terbuka beramai-ramai. Jumlah seluruh kematian sebenarnya mencecah 1000 orang!

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Revolusi Syria, penyembelihan ini bermotifkan sentimen Alawi (Syiah)-Sunni apabila pada hari Khamis lalu, ketumbukan askar rejim bersama-sama talibarut serta penyokong Syiah dalam jumlah yang agak besar telah berkumpul di perkampungan berdekatan dengan Kampung El-Baidha .

Mereka mula mengepung Kampung El-Baidha dengan melancarkan serangan motar, roket dan meriam kereta kebal ke atas penduduk.

Sejurus kemudian, setelah penduduk kampung El-Baidha lemah dan kucar-kacir lalu mereka mula memasuki kampung dan menyembelih penduduk dengan pisau serta menembak penduduk kampung El-Baidha dengan pemantauan ketumbukan askar bersenjata mereka dari kalangan Alawi (Syiah) yang menyaksikan korban meningkat ratusan orang.

Para aktivis pula menyiarkan rakaman mangsa-mangsa bunuh yang dibakar hangus, jasad tanpa kepala serta tanda-tanda kelar di leher yang disembelih.

Seorang aktivis masyarakat Abou Umar El-Banyasi berkata, “Kami sekarang terdedah kepada siri penyembelihan beramai-ramai di bawah gerakan Syiah yang cukup dahsyat yang dilakukan oleh askar rejim. Terdapat lebih 1,000 mangsa kini dibunuh di Baniyas. Antara mereka adalah kanak-kanak dan wanita. Kesemua mereka dibunuh dan dibakar.”

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Abou Umar yang ditemuramah oleh stesen televisyen “El-Arabia” berkata, terdapat ketumbukan tentera Hizbullah Syiah di bandar berkenaan.

“Mereka (tentera Hizbullah) yang menyelia dan memantau operasi membunuh serta membakar mayat penduduk.

Gambar

Beliau berkata, dengan angka yang mencecah 1,000 orang ini maka tiada siapa lagi penduduk yang tinggal dalam kampung berkenaan kerana semuanya telah dibunuh. Beliau sendiri tidak dapat menduga apa lagi yang bakal berlaku terdekat ini.

Abou Umar turut mendedahkan sebelum membakar rumah-rumah penduduk, pasukan askar rejim turut menceroboh rumah kediaman dan merompak barang-barang yang ditinggalkan penduduk selepas membunuh mereka.

Abou Umar turut menafikan terdapat tentera mujahidin atau askar FSA di dalam bandar sewaktu kejadian.”Saya bersumpah dengan nama Allah, jika terdapat kumpulan ini maka akan kami tentang penceroboh.”

Berkaitan mangsa-mangsa yang masih terselamat yang cuba melarikan diri dari bandar Baniyas kerana bimbangkan siri penyembelihan yang sama berulang, Abou Umar berkata, “Tiada siapa dari kalangan penduduk yang mampu melarikan diri. Terdapat usaha penduduk menjelang pagi tadi untuk keluar ke bandar Tortous akan tetapi bertembung dengan askar rejim. Lalu askar berkenaan mengeluarkan surat pekeliling bagi memaksa mereka pulang semula ke Baniyas.”

Menurut Abou Umar, “Baniyas dikepung ketika ini. Kami amat takut dengan penyembelihan baru yang bakal berlaku dan kami yakin akan berlaku. Di kampung Basatin, Kampung Murqab,Hayyul Ra’s Ar-Riffi dan Hayyu Al-Bazaar. Kami terdedah dengan penyembelihan.”

 

Sumber:
Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *