Pengebumian Hala Abu Sheikh Di Palestin

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

GAZA – Ratusan warga Gaza menghadiri pengkebumian seorang kanak-kanak Palestin, Hala Abu Sheikh berusia 3 tahun yang menjadi mangsa serangan bom yang dilancarkan tentera Israel yang berlaku selasa lalu telah dikebumikan di Pusat kem pelarian Al – Maghazi di sempadan Gaza, demikian lapor Ma’an.

Ayah Hala membawa anaknya ke rumahnya untuk mereka menemuinya buat kali terakhir, kemudiannya Hala dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak di kem pelarian diiringi ratusan warga Gaza .

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

“Saya sedang mengajar anak-anak yang lain ketikamana Hala sedang bermain di halaman, tiba – tiba serangan berlaku dan kami tidak sempat menyelamatkannya.” Rintih ibu Hala.

“Kem ini berada dalam keadaan selamat dan tenang sehinggalah serangan yang tidak disangka-sangka itu berlaku dengan mengejut.” Tentera Israel telah melancarkan serangan udara secara mengejut di Sempadan Gaza sejak beberapa hari yang lalu dan telah menyebabkan kematian Hala serta mencederakan beberapa pelarian yang lain.

 
SUMBER :
Arrahmah.com
We Care 4 Islam
map2care.blogspot.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *