Palestine Land Day Ke-37

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Palestin

Hari Tanah Palestin (Palestine Land Day/يوم الأرض الفلسطينية) merupakan upacara tahunan bagi memperingati peristiwa berdarah 30 Mac 1976…

Hari tersebut telah diiktiraf sebagai peristiwa penting kepada rakyat Palestin dalam memperjuangkan hak tanah mereka daripada negara haram Israel. Ia merupakan peristiwa kali pertama sejak tahun 1948 di mana warga Palestin menganjurkan demonstrasi untuk menentang dasar-dasar Israel. Tarikh ini bukan sahaja diingati oleh warga Palestin yang dirampas tanah mereka oleh Israel, tetapi juga oleh rakyat Palestin dan Muslim di seluruh dunia.

 

Apa yang berlaku pada Hari Tanah?

Dalam respon kepada pengumuman kerajaan haram Israel yang merancang untuk merampas 60,000 dunam tanah rakyat Palestin untuk tujuan “keselamatan dan penempatan” rakyat Yahudi, satu mogok umum telah dianjurkan di bandar-bandar dari Galilee ke Negev. Dalam konfrontasi dengan tentera dan polis Israel, enam warga Palestin ketika itu telah dibunuh, kira-kira 100 cedera, dan beratus-ratus orang lain yang ditangkap.

 syuhadaSebahagian para syuhada 30 Mac 1976

Hari Tanah 1976 adalah tindakan pertama penentangan besar-besaran oleh rakyat Palestin terhadap polisi Zionis iaitu proses rampasan yang telah mengurangkan pemilikan tanah Palestin dari kira-kira 94% sehingga kurang daripada 3% dalam apa yang kini dianggap menjadi tanah Israel. Sehubungan dengan itu, pemimpin warga Palestin dari parti Rakah, Tawfiq Ziad, yang juga pernah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Nazareth, bertindak balas dengan mengisytiharkan hari protes dan mogok umum terhadap rampasan tanah yang akan diadakan pada 30 Mac 1976. Kerajaan haram Israel lalu menetapkan semua demonstrasi adalah haram dan mengancam untuk menembak ‘penghasut’. Masyarakat Palestin di Israel mula bergabung di antara satu sama lain dan protes tersebut memberi tumpuan kepada tiga isu utama: Tanah dan perancangan dasar, keadaan sosioekonomi, dan hak-hak kebangsaan Palestin.

 

Minoriti Palestin di negara haram Israel

Hari ini, warga Palestin di Negara haram Israel terdiri dari kira-kira 19% daripada jumlah penduduk Israel, sekitar 900,000 orang. Mereka tinggal terutamanya di rantau Galilea di utara, kawasan Segitiga di tengah Israel, dan padang pasir Negev di selatan. Semasa perang Arab-Israel tahun 1948, kira-kira 780,000 penduduk Palestin melarikan diri atau diusir menjadi pelarian di negeri-negeri Arab dan di Barat. Daripada 150,000 rakyat Palestin yang kekal di negara haram Israel yang baru, kira-kira 25% telah dipindahkan dari rumah dan kampung mereka, dan menjadi pelarian dalam negara mereka sendiri. Dari 1948-1966, pemerintahan tentera Israel mengehadkan kebebasan hak asasi mereka, termasuk kebebasan pergerakan, bersuara dan berpersatuan.

Pihak berkuasa Israel juga secara besar-besaran merampas tanah milik Palestin. Menjelang tahun 1993, lebih 80% daripada tanah-tanah yang dimiliki oleh orang Arab Palestin yang tinggal di negara haram Israel telah dirampas dan diletakkan menjadi hak eksklusif Yahudi. Israel tidak pernah berusaha untuk berlaku adil terhadap rakyat Palestin. Berturut-turut kerajaan haram Israel mengekalkan kawalan ketat ke atas masyarakat Palestin dan cubaan untuk menindas identiti rakyat Palestin. Warga Palestin tidak ditakrifkan oleh kerajaan haram Israel sebagai golongan minoriti Palestin, sebaliknya mereka dirujuk sebagai “Arab Israel”.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

 

Kepentingan Hari Tanah Palestin

Pada bulan Oktober 2000, polis Israel menembak mati 13 rakyat Palestin, menggunakan peluru hidup dan peluru keluli bersalut getah semasa demonstrasi yang berlaku di puluhan kampung dan bandar penduduk Palestin. Kira-kira 1,000 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan polis Israel. Polis Israel juga menghalang ambulans daripada memasuki bandar-bandar Palestin di Israel, dan menyerang beberapa pemandu ambulans. Polis Israel menahan lebih daripada 400 penduduk Palestin semasa pertempuran. Kira-kira 90 penduduk Palestin yang terdiri orang dewasa dan kanak-kanak yang telah didakwa, dan mahkamah Israel telah mengarahkan puluhan individu-individu yang ditahan tanpa ikat jamin. Sebaliknya, sebanyak 300 warga Yahudi yang ditangkap, hanya 10 telah didakwa.

solat jumaatWarga Palestin menunaikan solat Jumaat pada Hari Tanah 30 Mac 2012

 

Semasa Intifada Kedua pada tahun 2001, iaitu pada ulang tahun ke-25 Hari Tanah, berpuluh ribu rakyat Palestin, disertai oleh sesetengah orang Yahudi, menyertai perarakan aman dan membawa bendera Palestin. Semasa demonstrasi di Tebing Barat, 4 rakyat Palestin terbunuh dan 36 cedera di Nablus apabila tentera Israel menggunakan peluru hidup terhadap penunjuk perasaan yang membaling batu dan molotov koktel. Di Ramallah, seorang warga Palestin telah ditembak mati dan 11 yang lain cedera apabila tentera bertempur dengan 2,000 penunjuk perasaan yang membakar gambar Ariel Sharon dan mengibarkan bendera Iraq dan Palestin.

Demonstrasi pada tahun 2008 pula menyaksikan di mana kira-kira 1,000 warga Arab memprotes pengusiran dan perintah perobohan yang direka untuk memaksa mereka keluar dari rumah mereka. Semasa acara peringatan untuk Hari Tanah pada tahun 2009, beribu-ribu warga Arab membawa bendera Palestin di bawah panji-panji, “Kami semua bersatu menentang tindakan fasisme dan perkauman Israel”. Protes juga dirancang di lokasi di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Finland, Perancis dan Belgium.

Pada Tahun 2012

‘Global March to Jerusalem’ (GMJ) telah ditubuhkan bertujuan untuk mengadakan demonstrasi aman pada 30 Mac, 2012 di Palestin dan negara-negara jirannya iaitu Mesir, Lubnan, Jordan dan Syria. GMJ ini terdiri daripada gabungan pelbagai aktivis Palestin, Arab dan antarabangsa yang bersatu dalam perjuangan untuk membebaskan Jerusalem daripada penjajahan Zionis haram.

Dalam jangkaan protes Hari Tanah pada 2012, Israel menyekat pergerakan di Tebing Barat. Bantahan telah diadakan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Di Semenanjung Gaza, tentera Israel telah menembak dan mengakibatkan seorang terbunuh dan 37 cedera. Di tempat pemeriksaan Qalandia, pemuda Palestin telah bertempur dengan tentera Israel menggunakan batu, namun tentera Israel membalas dengan menembak peluru getah dan bom dan mengakibatkan kira-kira 39 rakyat Palestin cedera.

Dan sekarang, untuk tahun ini iaitu 30 Mac 2013, ulang tahun ke-37 Hari Tanah, apakah lagi kekejaman yang akan dilakukan oleh pihak Zionis? Berapa ramai lagi warga Palestin yang akan syahid? Dan adakah kita hanya sekadar membaca berita, laporan dan artikel berkaitan dengan kekejaman terhadap saudara seislam kita tanpa melakukan apa-apa dan selesa dengan keamanan yang kita sedang kecapi? Syukurilah keamanan yang sedang kita nikmati dengan sekurang-kurangnya mendoakan Qunut Nazilah untuk keamanan mereka, atau menginfaqkan sebahagian harta yang kita ada untuk kesejahteraan mereka. Mereka berjihad untuk akhirat tetapi kita masih lagi terkapai-kapai memburu dunia.

Land Day

“Tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah Ta’ala akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan.” (riwayat Imam Abu Daud)

“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah Al-Hujurat, ayat 15)

” Sama-sama kita bersatu memperjuangkan kebebasan Palestin dan ummah… ”

 

Sumber :
MUHAMMAD NAJIB BIN SUKERY
Pengarah PEACE (PERUBATAN for Peace and Care),

Rujukan:
[1]en.wikipedia.org
[2]electronicintifada.net
[3]www.aljazeera.com
[4]ingaza.wordpress.com

 

4 thoughts on “Palestine Land Day Ke-37”

  1. bumi berdarah akan sentiasa mengalir.. walaupun para syuhdah telah pergi tpi kmi d sini ttp mendoakan smoga mereka kekal cekal dan tabah sllu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *