Nafsu & Akal

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Nafsu & Akal

Seorang ustaz, bernama Hadi telah menggembara di hutan dan terjumpa sebiji batu bersinar di dalam sebuah tasik…..

Hari keduanya, Ustaz Hadi terserempak dengan seorang penggembara bernama Azam yang kelaparan.

Tanpa memikir panjang, Ustaz Hadi membuka begnya dan berkongsi makanan bersama Azam.

Azam melihat dalam beg Ustaz Hadi ada batu bersinar.

“Boleh ustaz bagi ana batu itu?” tanya Azam yang terpegun dengan kecantikan batu tersebut.

“Ambillah,” kata Ustaz Hadi tanpa berkata apa-apa.

Azam berasa sungguh bertuah. Beliau merasakan batu bersinar tersebut dapat menjamin kesejahteraan hidupnya sepanjang hayat kalau dapat dijual.

Fikir… Menung… Mimpi…

Fikir… Menung… Mimpi…

Fikir… Menung… Mimpi…

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Azam balik berjumpa Ustaz Hadi selepas seminggu.

“Ana sedang fikir,” kata Azam. “Ana tahu batu ini berharga, tapi ana nak pulangkan pada ustaz, dengan harapan ustaz akan memberi ana benda yang lebih berharga daripada batu ini.”

Ustaz Hadi tersenyum. Tapi orang-orang yang mendengar di tepinya merasakan Azam tersangat tamak.

“Ana nak Ustaz bagi apa yang ada di jiwa ustaz yang membolehkan ustaz memberikan batu ini kepada ana,” kata Azam.

Semua terkejut dengan permintaan Azam.

“Manusia suka mengumpul duit dan harta. Semakin banyak dikumpul, semakin banyak yang dikehendaki – tiada penghujungnya nafsu manusia. Tapi apabila manusia dapat hidayah bahawa hidup menjadi lebih bebas dan bermakna jika kita menganggap segalanya tidak dimiliki kita, tapi dipinjamkan sementara oleh Allah kepada kita, Azam akan melepaskan batu bersinar itu tanpa ragu-ragu,” jawab Ustaz Hadi.

Senyum.

Nota: Pengajaran yang paling berkesan, bukan pada penerangan 100%, tapi melalui pemahaman dan penyedaran sendiri terhadap segala perkara yang berada di Akal Fikiran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *