Kronologi Perculikan Askar Mesir di Sinai

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

TERKINI dari Mesir: Sekumpulan penculik bersenjata menculik 7 askar Mesir di utara Sinai, berhampiran bandar ‘Arish awal pagi hari ini.

Sumber keselamatan polis wilayah berkata, 7 askar Mesir tersebut menaiki teksi dari bandar ‘Arish yang terletak berhampiran pintu sempadan Mesir-Gaza, Rafah untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sebelum dihalang oleh beberapa buah kenderaan penculik…

Sementara itu, pagi ini Presiden Mursi mengadakan mesyuarat tergempar dengan Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri bagi membincangkan kejadian tersebut.

Sumber pembangkang Mesir pula mendakwa, kejadian culik ini dirancang oleh Ikhwan Muslimin.

Masih segar dalam ingatan rakyat Mesir hampir setahun yang lalu ketika dalam bulan Ramadhan apabila 16 orang tentera Mesir ditembak mati di sempadan Rafah ketika hampir menjelang waktu Maghrib yang kemudian mendedahkan ia komplot jahat yang dirancang oleh Ketua Majlis Tentera ketika itu, Husin Tantawi bagi memburukkan imej Mursi yang membawa penyingkiran Tantawi dari jawatannya beberapa bulan selepas tragedi.

Nasib baki 6 orang askar Mesir daripada 7 askar Mesir yang diculik sampai hari ini masih belum diketahui. Seorang dari mereka telah dibebaskan kelmarin. Akhbar arus perdana Mesir “Al-Akhbar” hari ini mengimbau kronologi penculikan tentera negara itu yang sering berlaku di wilayah Sinai. Sinai terbahagi dua, selatan dan utara. Yang dikategorikan kawasan panas ialah Sinai Utara kerana ibu negerinya, ‘Arish terletak berhampiran Rafah, pintu sempadan yang menghubungkan jalan darat Mesir-Gaza.

Sebelum tiba di Arish, terdapat kawasan bernama “Syeikh Zayed”. Kawasan ini telah termasuk dalam kawasan hitam kerana menjadi ‘sarang kes jenayah’. Sementara Sinai utara keseluruhannya pula terkenal dengan pelbagai kumpulan Islam yang bersifat ‘radikal’. Munculnya kumpulan yang mengangkat senjata menggelarkan diri mereka dengan “Salafiyah Jihadiyah”, “Tauhid”, “Ansor Jihad”, “Majlis Syura Mujahidin” dan “Aknaf Baitil Maqdis”. Kebanyakan mereka menolak sistem pilihanraya dan mengambil pendekatan mengangkat senjata. Mereka lebih suka mengambil pendekatan menyerang balai-balai polis, pos kawalan dan pejabat-pejabat. Akibatnya, Islam terpalit sebagai agama yang ganas dan melampau.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Presiden Mesir Dr.Mursi menyeru semua parti politik negara itu untuk membantu beliau membincangkan penyelesaian bagi membebaskan 6 orang askar Mesir yang masih diculik di utara Sinai.

Semalam Pembantu Presiden Mursi, Dr.Imad Abdul Ghafour turun ke Sinai bagi mengadakan rundingan dengan penculik  6 orang askar Mesir daripada 7 askar Mesir itu gagal.

Barisan Penyelamat Mesir, kumpulan pembangkang utama menolak untuk berbincang dengan Mursi. Bagaimanapun Parti Masr Qowiyah yang dipimpin oleh bekas pimpinan Ikhwan, Dr.Abdul Munim Aboul Futuh sedia bekerjasama.

Sementara anggota polis dan askar yang bertugas di sempadan Rafah (Mesir-Gaza) meneruskan mogok pada hari ketiga berturut-turut.

Sementara terdapat kumpulan “pelampau” anti-Islam berkumpul hari ini di dataran Tahrir selepas Jumaat dengan menamakan sebagai “Jumaat Ikhwan Muslimin Menyebabkan Kami Lapar”. Mereka bencikan Mursi kerana Mursi ‘mencampur-adukkan agama dengan politik’. Mursi suka membacakan Al-Quran dan Hadis dalam ucapannya.

Rujuk ucapan terkini beliau di ladang gandum pada “Hari Menuai” di Iskandariah dua hari lepas apabila beliau membacakan sepotong ayat suci dalam Surah Al-‘Araf ayat 96 bermaksud, “Jika penduduk satu kampung itu beriman dan bertaqwa nescaya Kami bukakan pintu keberkatan langit dan bumi.” Ini sesuatu yang asing bagi penganut sekular Mesir apabila seorang ketua negara membacakan ayat Allah dalam ucapan politik.

Askar Mesir

Beberapa buah parti politik hari ini turut menyokong “Kempen Pemberontakan” dengan mengedarkan borang untuk mengumpul tandatangan bagi menggulingkan Mursi serta mendesak satu Pilihanraya Presiden diadakan lebih awal. Menjelang malam, mereka mengumumkan akan berkampung di Tahrir sehingga Mursi digulingkan.

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *