Konflik Perkauman Di Selatan Sudan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Sehingga kini lebih 500 orang telah terbunuh dalam pertempuran di Juba, ibu Negara Selatan Sudan, sehari selepas Presiden Salva Kiir mengumumkan bahawa pasukan keselamatan kerajaan tersebut telah melaksanakan percubaan rampasan kuasa yang terdiri daripada penyokong bekas timbalannya.

Isu keganasan menjadi tumpuan dalam satu sesi mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, yang dilaporkan bahawa setakat ini seramai 800 orang telah cedera, dan hampir 20,000 orang memerlukan tempat perlindungan yang perlu diatur pihak PBB.

“Pegawai PBB telah memberitahu pihak kami bahawa agak sukar untuk menghadapi situasi demikian,”kata salah seorang Editor Diplomatik Al Jazeera Jaes Bays yang melaporkan dari ibu pejabat PBB di New York.

“Mereka tidak mempunyai makanan atau pelindung untuk menjaga mereka. “

Kedutaan AS pula memaklumkan pada hari Selasa lalu bahawa semua rakyat di negara ini harus berpindah dengan kadar segera”. Kenyataan tersebut turut menyebut bahawa pemindahan akan berlaku pada awal Rabu lalu.

Tentera PBB di negara ini diberikan kepercayaan dan tugas sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi orang awam , Presiden Majlis Keselamatan Gerard Araud melaporkan kepada Al Jazeera. “Konflik yang tercetus antara kaum dan etnik sangat berisiko dan boleh mengakibatkan keadaan bertambah buruk, “ kata Araud, Duta Perancis ke PBB.

Sementara pada itu juga, masalah komunikasi di Juba di mana sistem telefon mudah alih tidak beroperasi sejak petang semalam menambahkan lagi kesukaran untuk menyalurkan maklumat terkini bagi mendapatkan sebarang berita terkini serta jumlah kematian setelah tercetusnya pertempuran tersebut yang turut melibatkan senjata berat dan bom.

Salva Kiir melaporkan semalam bahawa pertempuran yang tercetus diakibatkan usaha untuk merampas kuasa oleh bekas naib presiden , Riek Machar , yang dipecat pada bulan Julai lalu. Salah-faham yang berlaku antara kedua-dua pimpinan yang berasal daripada kumpulan etnik yang berbeza itu akhirnya membawa kepada konflik yang lebih besar.

Penganalisis politik Sudan melaporkan bahawa berlakunya persaingan antara mereka sejak berada dalam barisan tentera. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 10 pegawai kanan kerajaan bekas telah ditangkap termasuk enam menteri kabinet; kata Menteri Penerangan Michael Makuei Lueth. Senarai nama pihak terbabit telah disiarkan dalam laman web rasmi.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

“Penduduk yang berada di penempatan berdekatan Lapangan Terbang di Juba yang telah ditutup sejak Isnin lalu, dikejutkan dengan bunyi tembakan dan letupan berhampiran kawasan berkenaan,” kata seorang petugas PBB. Serangan yang melibatkan tembak-menembak juga dilaporkan berlaku. Jalan-jalan di Juba kini lengang dan sepi, hanya kereta kebal tentera kelihatan di jalanan dan penduduk setempat masih berkurung di rumah mereka.

Salva Kiir melaporkan bahawa pasukan keselamatan kerajaan akan kembali menguasai kawasan walaubagaimanapun perintah berkurung masih dijalankan.

“Pihak tentera mengambil langkah berjaga-jaga dan mengambil tindakan drastik dengan memburu pihak yang memberontak sekiranya berlaku serangan.” Tambah Salva Kiir.

Perlindungan kepada Orang Awam

“Kami akan terus berusaha semampu yang mungkin dan berikhtiar untuk terus melindungi orang awam. Terutamanya bantuan penjagaan kesihatan amat diperlukan pada waktu sekarang.” Ujar Toby Lanzer, PBB timbalan wakil khas bagi Selatan Sudan melaporkan kepada Al Jazeera.

“Beberapa orang telah cedera dan kami berdepan dengan pelbagai cabaran kerana kemudahan air dan sanitasi yang sangat terbatas. “

Ketegangan semakin parah di Selatan Sudan sejak pemecatan Salva Kiir yang diganti kepada Machar. Kedua-duanya berasal daripada kumpulan etnik yang berbeza dimana Salva Kiir daripada Dinka iaitu antara etnik yang paling berkuasa, sementara Machar berasal daripada etnik Nuer.

Akan tetapi faktor utama tercetusnya ketegangan terbaru ini masih tidak dapat dikenal-pasti samada disebabkan oleh pro-etnik atau berkaitan dengan masalah dalaman politik negara tersebut.

Machar, yang telah menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan presiden pada 2015 memberitahu Al Jazeera pada Julai lalu bahawa jika negara ini bersatu, ia tidak dapat bertolak ansur dan akan menggariskan satu ketetapan iaitu, “kuasa seorang pemimpin yang perlu dipatuhi dan tidak boleh bertolak-ansur dengan pemerintahan diktator”.

Kerajaan Selatan Sudan berusaha untuk mewujudkan sebuah negara yang menuju pembangunan sejak ia mengisytiharkan kemerdekaan pada tahun 2011, iaitu setahun setelah konflik antara Khartoum semasa perang yang berlaku antara negara -negara selatan.

 

SUMBER :
Al-Jazeera
We Care 4 Islam
map2care.blogspot.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *