TERKINI : Isu Semasa Syria
-Iran dan Syria telah menandatangani penjanjian minyak yang bernilai $ 3.6billion. Tehran bersetuju membekalkan Damsyik dengan minyak sebagai pertukaran hak untuk melabur di negara yang dilanda konflik.
-Iran merupakan penyokong utama Presiden Syria Bashar al-Assad, rejim telah berperang selama lebih daripada 28 bulan untuk menghancurkan kebangkitan rakyat yang kini bertukar menjadi pemberontakan bersenjata selepas tentera melancarkan tindakan keras terhadap rakyatnya sendiri.
-SANA berkata,“Perjanjian yang ditandatangani menyatakan Syria akan membayar balik kos pinjaman minyak “melalui pelbagai jenis pelaburan Iran di Syria.”
Kesimpulannya, penjanjian itu hanyalah untuk memastikan Iran mempunyai kuasa dan kaitan dengan Syria, dan Presiden Syria memerlukan sokongan daripada Iran untuk terus menghancurkan dan meneruskan kezalimannya keatas muslim-Sunni disana.
Jumlah Keseluruhan Bilangan Masjid Yang Dimusnahkan Rejim Bashar Assad
Pinggir Kota Damsyik – 387
Idlib – 308
Dara’a – 237
Homs – 217
Aleppo (Halab) – 158
Hama – 135
Kota Damsyik – 92
Deir alZur – 67
Latakia – 37
Ar-Raqah – 25
Qanitrah – 5
SUMBER :
aljazeera.co
zamanalwsl.ne
Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria