Berita Terkini Palestin
71,000 Rakyat Palestin Menjadi Pelarian Kali Kedua
Kezaliman Basar Assad terhadap rakyatnya yang mencetuskan gerakan pembebasan Syria oleh pejuang-pejuang keadilan dan mujahidin telah juga menghempet keidupan pelarian-pelarian Palestin yang sudah tiga generasi (semenjak 1948) hidup bermastautin di kem-kem pelarian.
Serangan tentera rejim Bassar telah mensasarkan penempatan-penempatan penduduk termasuk kem-kem pelarian Palestin di Syria yang sememang sedia maklum begitu dhoif dan padat.
PBB baru-baru ini menganggarkan sekitar 71,000 penuduk pelarian Palestin terpaksa menjadi pelarian buat kali ke dua apabila terpaksa menyelamatkan diri ke Lubnan. Lubnan yang sememang telah memiliki sejumlah 450,000 pelarian Palestin akan menghadapi kepadatan dan krisis penempatan, makanan dan perubatan.
Dimaklumi bahawa para pelarian Palestin di Lubnan adalah di antara yang paling terpinggir dan tidak diberi hak yang asas dans ewajarnya oleh kerajaan Lebanon termasuk dari segi pemilikan harta, pekerjaan dan pendidikan.
“Tentunya kebanjiran penduduk Palestin berhijran ke Lubnan akan menimbulkan krisis baru juka tidak ditangani oleh masyarakat dunia khusunya ngo-ngo Islam”
Menteri Israel Mengaku Membunuh Ramai Arab
Menteri Ekonomi Israel, Naftali Bennett menggesa kerajaan penjajah (Israel/rejim zionis) agar tidak menangkap perosak dari kalangan Palestin tetapi membunuh mereka dengan segera bagi mengelakkan berlaku sebarang perjanjian tukar tahanan-tawanan pada masa akan datang.
*Arkib foto: Naftali Bennett
Menurut akhbar YEDIOTH AHRONOTH (YNET), seorang jeneral tentera simpanan Israel Yaakuv Amidror telah mengecam kata-kata Bennett.
“Permintaan ini tidak bersandar kepada undang-undang,” kata Yaakuv, namun Bennett membalas dengan berkata, “aku seorang diri sahaja dah bunuh ramai orang Arab dalam hidup aku, tak dak pula masalah apa-apa berlaku pada aku.”
Pemimpin zionis berbangga dengan pembunuhan mereka ke atas masyarakat Palestin. Mereka menggunakan darah-darah Palestin sebagai dakyah kempen pilihanraya yang mana di anggap pemimpin yang paling berjaya adalah mereka yang banyak membinasakan rakyat Palestin.
SUMBER :
Web Berita Paltimes
Electronic Intifadah
Aqsa Syarif
Mini-Pavilion ‘From Palestine With Love'(MAP)
Benar2 sangat memprihatinkan sekali, nyawa begitu murahnya bagi mereka2 yang haus akan kekuasaan dan duniawi…
Semoga seluruh rakyat Palestina selalu dilindungi oleh Allah SWT