Fadhilat Berpuasa Pada Hari ‘Arafah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Mari kita sama-sama berpuasa sunat di Hari Arafah. Hari di mana jemaah haji berkumpul di padang Arafah untuk berwukuf. Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab :

َََيُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة

“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (Hadis Riwayat Muslim)

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.” (HR Muslim)

“Gunakanlah peluang yang kita ada kali ini untuk melakukan ibadat sunat di hari arafah. Doakan juga agar satu masa nanti kita berpeluang menunaikan ibadah haji. InsyaAllah”

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *