Keganasan Negara Mesir Terus Berlaku

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Semalam, militia samseng upahan yang memang ‘dahagakan’ darah rakyat yang menyokong kebenaran telah menyerang himpunan aman. Pagi ini perarakan yang keluar dari Syubra. Kumpulan militia ini yang dikawal oleh polis telah berada di tingkat paling atas sebuah bangunan bersebelahan Masjid Khulafa’ Ar-Rasyidin dan melepaskan tembakan ke himpunan aman. Dua orang mati dan berpuluh-puluh yang lain dilaporkan cedera.

Sehari sebelum itu, militia samseng ini telah menyerang lokasi himpunan menyokong Mursi di dataran Nahdhah, depan Universiti Kaherah yang membunuh 3 orang. Militia samseng dengan kerjasama pasukan polis yang mengepung dataran dengan kenderaan perisai turut membakar beberapa buah kereta milik peserta himpunan dan merosakkan beberapa buah kereta yang lain. Dalam waktu yang sama, di lokasi lain iaitu di Madinah Nasr, perarakan penyokong Mursi yang melalui Balai Polis Qism Awwal turut dikasari.

Lapor Ikhwanonline seorang saksi kejadian yang baru pulang dari tempat kerja berkata, beliau melihat polis melepaskan tembakan ke arah himpunan. Beberapa orang anggota polis turut dilihat mengheret peserta himpunan di atas tanah dan mereka turut diterajang dan disepak di bahagian kepala.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Tragedi Letupan

Beberapa orang pemilik kereta yang dibakar dan dirosakkan dalam kejadian di dataran Nahdhah ingin membuat laporan polis. Mereka telah pergi ke sebuah balai polis di Giza. Malangnya, belum sempat membuat laporan, mereka ditangkap dan ditempatkan di lokap balai. Pihak polis telah mengupah kumpulan militia samseng untuk membelasah dan memukul mereka dalam lokap.

Lewat semalam, dilaporkan satu letupan telah berlaku berhampiran Ibu Pejabat Polis wilayah Daqahliyah, bandar Mansurah yang katanya menyebabkan seorang polis terbunuh dan 29 yang lain cedera.

Naib Presiden Parti Wasat (aliran Islam), Esom Sultan mendedahkan beberapa hari lalu di pentas Raba’ah, penjara tentera di Mesir kini terdapat ramai pegawai tentera yang merengkuk dalam penjara kerana menentang rampasan kuasa.

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *