Mujahidin Mesir Ke Syria

SUMBER FJP online: Penasihat Presiden Mesir bagi Hal Ehwal Luar Negara, Khaleed El-Qazzaz berkata, rakyat Mesir yang sukarela berjihad di Syria tidak akan dikenakan sebarang hukuman atau didakwa oleh kerajaan sekembalinya ke tanah air.

Syria

Semalam, Muktamar Ulamak yang berlangsung di Kaherah yang dihadiri oleh Prof.Dr.Yusuf Qaradhawi telah membuka pintu jihad untuk umat Islam memerangi askar dan pihak yang bersekongkol dengan rejim Syria.

Pendirian kerajaan Mesir ternyata berbeza dengan kerajaan-kerajaan Arab lain termasuk Saudi dan UAE yang menangkap dan menghukum mereka yang keluar berjihad sebelum ini, selain dilucutkan kewarganegaraan.

Dr.Sofwat Hijazi

PEMERINTAH SYRIA PENJENAYAH, KAFIR: DR.SOFWAT HIJAZI

Facebook “Ulamak Islam Dunia”: Presiden Ikatan Ulamak Sunni, Dr.Sofwat Hijazi (gambar) berkata, pemerintah rejim Syria hari ini adalah ‘penjenayah, kafir dan telah keluar dari Islam’. Beliau yang juga anggota Kesatuan Ulamak Islam Sedunia berucap di Muktamar Pendirian Ulamak Ummah dalam Isu Syria di sebuah hotel di Kaherah berkata, memerangi rejim Basyar waktu ini merupakan kewajipan yang dituntut syarak. Beliau juga mengumumkan penghantaran kumpulan tentera jihad dari golongan Sunni bagi berperang bersama-sama mujahidin yang lain di Syria.

Sebelum ini Syeikh Yusuf Qaradhawi sendiri berpandangan bahawa Basyar dan keluarganya serta pemerintah yang berpegang dengan akidah Syiah Nusairi “lebih kafir dari Yahudi dan Nasrani

Dr Sofwat Hijazi juga mengumumkan pembentukan Batalion Jihad Ulama’ Ummah. Mereka akan bersama-sama berjihad bersama mujahidin di Syria menentang rejim Basyar, Iran, Hizbu Syaitan dan pakatannya.

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.