Intipati Ucapan Presiden Mesir Dr. Mursi

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Mursi

Bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh Mursi yang ditinggalkan oleh rejim Mubarak berjumlah USD 1,500 billion sama ada hutang dalam dan luar negeri.

Mursi bertanya, “Adakah masuk akal bagi melangsaikan hutang ini hanya dalam tempoh setahun?”

INTIPATI PENTING UCAPAN PRESIDEN MESIR DR. MURSI

Setelah setahun bersabar dengan karenah musuh negara dan revolusi, Presiden Mursi ‘melepaskan tembakan’ yang ‘mengenai tepat pada setiap sasaran’ dalam ucapannya yang disiar live melalui tv dan radio Mesir.

Sejak setahun lalu saya mengikuti siri ucapan Mursi, tidak selantang dan tegas seperti semalam. Bukan sekadar menyebut nama mereka tetapi beliau mendedahkan satu persatu jenayah yang dibuat.

Berikut antara intipati ucapan beliau yang mengambil masa hampir tiga jam:

-Mursi seorang yang berjiwa besar dan merendah diri apabila mengungkapkan dua kali kemaafan kepada rakyat. Mursi meminta maaf kepada rakyatnya dengan krisis-krisis petrol dan gas yang menyusahkan kehidupan mereka manakala kedua beliau meminta maaf kepada para pemuda yang masih menganggur dan berjanji kerajaan akan terus berusaha menyediakan peluang pekerjaan.

-Beliau membidas sikap pembesar dan orang kanan rejim Mubarak dan hari ini mulai bercakap atas nama revolusi sedangkan sebelum ini mereka bersama menyokong rejim Mubarak. Dengan menyebut nama Sofwat Syarif, Zakaria Azmi, Fathi Surur dan Makram Mohammed Ahmed lalu beliau bertanya, “Adakah mereka ini bersama revolusi?”

-Menyebut nama pemilik syarikat tv seperti Mohammed Al-Amin (pemilik tv CBC) dan Ahmed Bahget (pemilik tv Dream) yang mengelak dari membayar cukai kerajaan berjumlah LE 3 billion.

-Mendedahkan perilaku Ahmed Syafiq yang kini menetap di Dubai. Mursi turut membongkar skandal yang terpalit oleh Syafiq dan meminta dia kembali semula ke Mesir untuk dihadapkan ke mahkamah. Mursi turut mendakwa Syafiq merancang menggulingkan pemerintah Mesir.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

-Mengenai badan kehakiman, beliau menyebut terdapat 22 orang hakim yang mesti dihadapkan ke muka pengadilan kerana bersubahat menipu dalam pilihanraya zaman Mubarak serta mengulangi penghormatan beliau kepada badan tersebut.

-Pembangunan negara akan diteruskan dalam tiga tahun akan datang. Cuma beliau melahirkan rasa kesal kerana agenda pembangunan tersebut sering terganggu dengan kekecauan yang berlaku. Demonstrasi adalah dijamin dalam perlembagaan tetapi ia sering kali bertukar ganas.’Kejayaan’ pembangkang ialah mengadakan lebih 24 kali himpunan “milyonah” sejak Ogos 2012 dan ini telah memberikan kesan yang besar kepada sektor pelancongan yang menyebabkan kemerosotan jumlah pelancong dan kebimbangan kepada para pelabur. Ditambah gambaran buruk yang dilapor oleh media-media persendirian yang dimiliki oleh orang Mubarak kepada dunia dengan laporan tidak tepat berkenaan Mesir.

-Kepada pembangkang, beliau mengulangi seruan untuk duduk semeja bagi berdialog dan berbincang. Beliau hairan kenapa pembangkang menolak semua tawaran dialog yang beliau kemukakan dan tidak menyertai walaupun sekali sebarang dialog bersama kerajaan beliau bahkan lebih memilih jalanraya. Beliau juga meminta jika pembangkang melihat kerajaan hari ini gagal maka sila raih sokongan dari rakyat untuk membentuk blok majoriti dalam Parlimen yang akan datang, maka mereka berhak membentuk kabinet bahkan berhak meminda perlembagaan negara yang dilabel sebagai “perlembagaan Ikhwan” itu.

-Kepada talibarut (fulul) Mubarak, Mursi mengingatkan mereka hanya ada dua pilihan, sama ada menjalani kehidupan baru dan semoga Allah mengampuni mereka atau berhadapan dengan penjara dengan kesalahan mereka lakukan. “Pilihlah tempat kamu wahai ahli-ahli fasad dari pemerintahan rejim”.

-Semua tahanan politik di zaman Mubarak telah beliau bebaskan dan tiada lagi walaupun seorang dalam penjara Mesir yang dinamakan “tahanan politik”.

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *