Hakikat “Krisis” Minyak Petrol di Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Hanya dalam tempoh 24 jam selepas arahan Presiden Mursi. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Dr.Bassem ‘Audah menarik balik lesen 14 pemilik stesen minyak di 9 buah wilayah kerana menyembunyikan bekalan bahan bakar dari dijual. Bukan minyak tiada tetapi pemilik stesen menyembunyikan minyak dari dijual.

7 keputusan dan arahan Presiden Mursi :

1) Mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Mohammed Ibrahim memerangi kumpulan perusuh dan samseng upahan di jalan-jalanraya di Mesir.

2) Membentuk “Jawatankuasa Bebas” bagi meminda perlembagaan yang akan dianggotai oleh semua parti-parti politik. Semua cadangan dari pindaan ini akan dibincangkan oleh Dewan Rakyat pada persidangan pertama mereka kelak.

3) Mengarahkan semua menteri dan gabenor wilayah untuk memecat semua mereka yang terlibat dalam “krisis ciptaan” dalam tempoh seminggu.

4) Menarik balik lesen dari pemilik stesen syarikat petrol yang menyembunyikan jualan minyak.

5) Menyerahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk menguruskan stesen-stesen minyak yang ditarik lesen mereka kerana kesalahan di atas.

6) Mengesyorkan kepada gabenor wilayah untuk melantik para pembantu mereka dari kalangan pemuda yang berusia kurang dari 40 tahun dalam tempoh 4 minggu bermula sekarang.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

7) Mewujudkan Jawatankuasa Tertinggi Perundingan Kebangsaan yang akan dianggotai oleh segenap lapisan masyarakat.

HAKIKAT ‘KRISIS’ PETROL

Hanya beberapa jam selepas Presiden Mursi menyampaikan ucapan, pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri wilayah Iskandariah dengan kerjasama polis wilayah berjaya menumpaskan percubaan sebuah stesen minyak di kawasan At-Tobiyah yang menyembunyikan 16,000 liter petrol.

Benzin

Ini bermakna stesen minyak tersebut merupakan yang pertama ditarik lesen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri berkuasa bertindak menguruskan stesen tersebut, sebagai melaksanakan arahan Mursi dalam ucapannya sebentar tadi.

Pemilik stesen minyak sekarang hanya ada dua pilihan, sama ada mengembalikan hak dengan menjual minyak seperti biasa atau berhadapan tindakan ditarik semula lesen.

Kenapa tidak? Di seluruh Mesir terdapat lebih 60,000 orang pemilik stesen minyak merupakan orang kanan Mubarak. Jadi rancangan mereka menyembunyikan minyak bagi menaikkan kemarahan rakyat kepada Mursi lalu 30 Jun nanti, mereka yang tidak tahu hujung pangkal ‘krisis rekaan’ ini akan mengamuk.

 

 

SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *