Hukum Memakan Harimau

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

gambar harimau

Harimau di dalam Bahasa Arab disebutkan sebagai النَمِر . al-Imam al-Damiri rahimahullah mengatakan bahawa harimau adalah binatang yang yang lebih teruk daripada Singa… Ini kerana ianya merupakan jenis yang tidak dapat menahan kemarahan. Jika seekor harimau tersebut terlalu marah, maka ia sanggup membunuh dirinya sendiri.

Al-Jahiz menyebutkan bahawa Harimau juga merupakan binatang yang suka berbangga diri. Jika seekor harimau itu lapar, maka ia akan tidur selama tiga hari ,namun yang menjadi keajaiban adalah bau mulutnya tidak akan berubah malah menjadi wangi walaupun tidur di dalam jangka masa yang lama. Ini berbeza dengan binatang buas yang lain.

Jika seekor harimau tersebut sakit, maka ia akan memakan tikus sebagai ubat sakitnya. Maka dengan izin Allah taala , ia akan sembuh daripada penyakitnya. Al-Jahiz juga menyebutkan bahawa harimau sangat menyukai arak. Ia akan meminum arak yang diberikan sebelum berburu.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

HUKUM MEMAKAN HARIMAU

Hukum memakan harimau adalah haram . Ini kerana ianya termasuk jenis binatang buas yang sangat merbahaya. Selain itu ianya juga termasuk di dalam larangan Baginda sallallahu alaihi wasallam kerana ianya merupakan binatang yang berburu menggunakan taring.

Berkenaan kulit harimau, al-Imam Ibn Sholah rahimahullah menyebutkan di dalam Fatawa Ibn Sholah bahawa : Ianya adalah najis sebelum disamak sama ada harimau tersebut disembelih atau tidak.

Namun jika ianya disamak , maka kulitnya akan menjadi suci tetapi bulu yang terdapat di atasnya tetap dihukumkan sebagai najis.


Rujukan :
Hayat al-Hayawan al-Kubra oleh al-Allamah al-Imam Kamaluddin al-Damiri al-Syafie cetakan Darul Ma’rifah

 

Ustaz Mohd Nazrul Abdul Nasir ,
BA, Hons, Usuluddin Jurusan Tafsir,
Universiti Al-Azhar As-Syariff.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *