Pegawai Pilihanraya di Kementerian Dalam negeri Iran, Husain Ali Nouri mengumumkan pagi ini, calon Presiden Iran, Hasan Rouhani mendahului dalam pengiraan undi dalam Pilihanraya Presiden negara itu selepas kiraan 10,718 peti undi daripada jumlah 130,000.
Rouhani diumumkan memperolehi 2,720,144 undi atau 50.75 peratus mendahului lawannya 5 calon yang lain.
Pilihanraya Presiden Iran berlangsung pada 14 Jun lalu bagi menggantikan Mahmoud Ahmedenijad yang telah tamat tempoh maksiumum selama dua penggal yang ditetapkan oleh perlembagaan.
Keputusan penuh dijangka diketahui hari ini. Pusingan kedua akan berlangsung minggu hadapan jika tidak terdapat calon yang memperolehi nisbah undi 50%+1.
Siapa jua yang menjadi Presiden bagi saya, ia tidak akan banyak mengubah pendirian Iran dalam membantu rejim Syria. Apatah lagi yang berkuasa mutlak di Iran bukan Presiden tetapi Pemimpin Tertinggi mereka yang dianggap maksum Ayatullah Ali Khameini.
SUMBER :
Ustaz Muhammad Abdul alik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)