FILEM “Innocence of Muslims”

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Satu Penghinaan Terhadap Rasulullah S.A.W

Filem berjudul Innocence of Muslims ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile, seorang pengarah fielm berketurunan Israel Amerika. Filem tersebut menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 orang penderma Yahudi. Trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam Youtube.Video tersebut telah menghina Baginda Nabi s.aw. dengan mewatakkan Baginda s.aw. Sebagai seorang lelaki yang ‘gila perempuan’. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat. Ianya sebagai paparan menggambarkan Islam sebuah agama ‘kebencian’.

Filem yang melabel Nabi Muhammad s.aw. Dengan melakonkan watak dengan menggambarkan baginda sebagai seorang yang ‘fraud, a womanizer and a madman’ (penipuan, kasanova dan gila) telah mencetuskan kemarahan umat Islam di bkebanyakan negara timur tengah. Rakyat Mesir juga dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.”Times of Israel” melaporkan filem ini juga merupakan kempen daripada pelampau anti-Muslim Egyptian Christian di United States. Ianya antara agenda-agenda musuh Islam untuk menyebarkan Islamophobia dikalangan masyarakat antarabangsa dan memicu permusuhan serta konfrantasi terhadap Islam.

“Kita dibenarkan mengekspresikan pendapat, kebebasan untuk melakukan protes secara aman yang dijamin undang-undang tanpa menyerang harta milik individu atau kerajaan, misi diplomatik atau kedutaan,” kata Presiden Mursi dalam sebuah kenyataannya yang disiarkan dalam media elektronik Mesir selepas berlakunya beberapa insiden di Mesir dan Libya.

Antara Kronologi Tentang Filem “Innocence of Muslims”

1 – 2 Julai 2012
Seorang pengguna YouTube yang menggunakan nama ‘Sam Bacile’ memuat naik treler filem yang mengandungi klip filem menghina Nabi Muhammad SAW.

4 September 2012
Treler filem terbabit telah dialih bahasa ke bahasa Arab dan dimuat naik semula ke YouTube.

5 September 2012
Mor¬ris Sadek, seorang yang berbangsa Mesir-Kristian yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) mempromosikan video berkenaan menerusi Twitter dan blognya bersempena  Hari Penghakiman Muhammad Antarabangsa, yang dihoskan oleh seorang paderi Florida, Terry Jones dan dijadualkan sempena 11 September.

8 September 2012
Ahli agama Mesir dari saluran TV Al-Nas menyiarkan video itu dan mengutuknya.

9-10 September 2012
Sadek terus menerus mempromosikan video itu di Twitter. Pakar berkata, ekstremis Libya merancang untuk mengadakan protes sempena 11 September yang tidak ada kaitan dengan video berkenaan.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

11 September 2012
Empat warga AS termasuk seorang duta terbunuh apabila anggota militan menyerang dan membakar Konsulat AS di Benghazi, Libya. Di Mesir, penunjuk perasaan memanjat dinding Kedutaan AS di Kaherah dan menurunkan bendera Amerika.

18 September 2012
Pendakwa raya Mesir merujuk tujuh Kristian Mesir yang tinggal di AS dan Florida – termasuk paderi, Terry Jones ke mahkamah atas tuduhan menyinggung penganut Islam melalui penerbitan filem anti-Islam yang telah mencetuskan bantahan di seluruh dunia.

19 September 2012
Sekumpulan peguam Pakistan berarak melalui pintu gerbang dengan membawa sepanduk di Islamabad yang menempatkan Kedutaan AS dan kedutaan asing lain. Seorang peguam kemudiannya bertindak membakar bendera AS dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, tetapi pihak polis berjaya menyekat penunjuk perasaan dari berarak di perkarangan kedutaan. Sehubungan itu, Kerajaan Pakistan mengumumkan Jumaat lalu sebagai cuti kebangsaan bagi rakyatnya mengadakan protes terhadap rakyat Amerika yang anti-Islam.

21 September 2012
Protes dan perhimpunan besar-besaran di banyak negara termasuk di Malaysia.

25 September 2012
Seorang aktres filem ini memfailkan semula kes di mahkamah persekutuan; kes terhadap penerbit filem dan juga Google dan YouTube.

RESPON MANHAL PMRAM TERHADAP FILEM MENGHINA RASULULLAH S.A.W.
1. Islam merupakan agama yang sentiasa mempromosi keamananan dan keharmonian beragama bahkan Islam mengajar umatnya tidak melakukan penghinaan bersifat keagamaan. Ini sebagaimana firman Allah : “Janganlah kamu mencela (tuhan-tuhan) yang mereka seru selain daripada Allah, lantaran itu mereka mencela Allah kerana permusuhan tanpa sebarang ilmu”. (Al-An’aam: 108)
2.  Menggambar watak Rasulullah s.a.w. adalah merupakan pembohongan kepada Baginda. Ianya dilarang dalam agama dan menyakiti hati Rasulullah S.A.W.  serta para rasul-rasul yang lain. Nabi s.a.w. pernah bersabda : “Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka. (Bukhari & Muslim).
3. Masyarakat dunia digambarkan tentang sesuatu yang salah terhadap Islam dan penganutnya. Ianya bagi menimbulkan fenomena Islamophobia dikalangan masyarakat dunia serta mewujudkan penentangan terhadap Islam.
4. Mengalihkan pandangan masyarakat Islam dan masyarakat dunia secara umum terhadap konflik dan isu-isu semasa yang sedang berlaku sekarang seperti isu Palestin, Syria, Rohingya dan lain-lain.
Justeru, pihak MANHAL menyeru kepada semua yang beragama Islam untuk bangkit dan membantah setiap perkara yang menghina dan mengotori Islam berdasarkan rentetan isu yang berlaku ini. Bahkan isu penghinaan terhadap Rasulullah s.aw. bukanlah suatu yang baru. Ianya merupakan rancangan Yahudi dan musuh-musuh Islam untuk menyentuh sensitiviti umat Islam seluruhnya.Apa yang penting, kita fahami isu dan sentiasa peka serta pantas bertindak dalam konteks membela Islam sebagaimana janji para sahabat ketika bersama dengan Nabi s.a.w.

Sumber :  www.manhal.pmram.org
                       – www.sinarharian.com.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *