Dr. Syauqi Abdul Karim Mufti Baru Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Majlis Anggota Kibar Ulamak yang dipengerusikan oleh Syeikh Al-Azhar Dr.Ahmad At-Toyyib memilih pensyarah dan Ketua Bahagian Feqah Fakulti Syariah Islamiyah Universiti Al-Azhar cawangan Tanta, Dr. Syauqi Ibrahim Abdul Karim sebagai Mufti Mesir yang baru menggantikan Dr.Ali Juma’ah….

Menurut Dr. Syauqi, beliau telah menerima panggilan dari Syeikh Al-Azhar memaklumkan pencalonan beliau. Menurut sumber, terdapat dua calon lain yang dicalonkan iaitu Dr.Atiyah Fayadh (Pensyarah Feqah Perbandingan Fakulti Syariah Islamiyah Universiti Al-Azhar Kaherah) dan Dr. Farhat Abdul ‘Ati (Pensyarah Fakulti Syariah Islam). Dr.Syauqi memperolehi undi tertinggi dari kalangan anggota Kibar Ulamak.

Dalam sidang media kemudian, Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Dr.Yusuf Qardhawi yang juga anggota Kibar Ulamak berkata, pemilihan Dr.Syauqi menepati kriteria yang ditetapkan untuk memegang jawatan mufti Mesir.

Bekas Menteri Wakaf Mesir, Dr.Abdullah Husaini Hilal yang merupakan salah seorang anggota Kibar Ulamak menafikan pemilihan Dr.Syauqi terdapat campurtangan politik bahkan pemilihan berdasarkan manhaj Al-Azhar bersifat “wasoti” dan ia menjadi syarat yang utama.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Pelantikan mufti Mesir dipilih secara telus melalui Majlis Haiah Kibar Ulamak yang menjadi pengerusinya ialah Syeikh Azhar sendiri. Tiada pula dakwaan bahawa Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar adalah dikuasai Ikhwan Muslimin. Hanya Syeikh Qardhawi, adapun selain beliau, semua dari kalangan agamawan. Dr. Abdullah Husaini Hilal, Dr.Umar Hasyim dan selain mereka bukan kalangan Ikhwan atau FJP.

Undang-Undang Al-Azhar yang dipinda baru-baru ini mengehadkan usia dan tempoh bagi jawatan Mufti Mesir dan Syeikh Azhar.

Selama 10 tahun Dr.Ali menjadi Mufti Mesir dan beliau banyak berjasa untuk ummah khasnya di Mesir. Kemungkinan terdapat perancangan untuk meletakkan Dr.Ali di kedudukan yang lebih tinggi selepas ini seperti Syeikh Azhar misalnya, wallahu’alam. Siapa sangka? Yang pasti beliau akan mengisi posisi lain yang dilihat memerlukan kepada sumbangan dan khidmat beliau. Rugi bagi negara Mesir yang telah bebas hari ini mensia-siakan kepakaran dan keilmuan Dr Ali.

Jazakallahu ya maulana Syeikh ‘Ali ‘anna bima qaddamta lil Islam wal muslimin..

 

SUMBER :
Ustaz Abdul Malik Bin Abdul Karim
Penasihat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

 

1 thought on “Dr. Syauqi Abdul Karim Mufti Baru Mesir”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *